Time and Date

Saturday, June 26, 2010

Permudahkan Nikah

“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui”
[al-Nur 24: 32]




“Bukanlah dikatakan kaya itu sebagai banyak harta. Akan tetapi kekayaan sebenar itu adalah kekayaan jiwa
[al-Bukhari 6446]


Justeru, janji Allah untuk membantu memberikan kekayaan kepada orang yang bernikah itu mesti dilihat daripada dua sudut.

Sudut pertama, kekayaan yang dikurniakan itu berupa kekayaan jiwa dalam bentuk sifat Qana’ah. Al-Samarqandi pernah menyebut berkenaan ayat 32 Surah al-Nur itu bahawa, “kekayaan mempunyai dua keadaan. Pertama, kekayaan harta dan itu adalah selemah-lemah makna kekayaan. Kedua adalah sifat Qana’ah dan itu adalah sekuat-kuat makna Qana’ah”. Malah al-Qurtubhi juga pernah memberikan ulasan bahawa yang dikatakan nikah itu mengurniakan kekayaan kepada si miskin ialah kerana si miskin itu dianugerahkan pilihan yang HALAL iaitu NIKAH berbanding ZINA.

Oleh yang demikian, untuk mengambil Surah al-Nur ayat 32 itu sebagai jawapan simplistik bahawa kemiskinan boleh dirawat dengan nikah, seorang anak muda yang datang melenggang dengan hajat meminang, mestilah mempunyai jawapan yang jelas tentang ASBAB berupa IKHTIAR dirinya untuk mengambil alih tugas bapa yang memberi nafkah kepada perempuan yang mahu dipinangnya itu.

RAWATAN KEMISKINAN

“Mengapa kamu belum bernikah?” Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bertanya.

“Aku fakir” jawab pemuda itu.

“Mengapa kamu belum bernikah?” Baginda menyoal lagi.

“Aku fakir” pemuda itu memberikan jawapan yang sama.

“Mengapa kamu belum bernikah?” Baginda mengulang soalan yang sama buat kali yang ketiga.

Pemuda itu tidak berani mengulang jawapan yang sama.

“Ya Rasulallah. Aku memang mahu bernikah. Carikanlah buatku seorang isteri!” jawab anak muda itu.

“Kamu pergilah ke sebuah kampung di sana. Nyatakan kepada orang kampung itu bahawa Rasulullah menyuruh mereka mengahwinkan seorang anak gadis kampung itu denganmu” arah Rasulullah sallalaahu ‘alayhi wa sallam.

Pemuda itu pergi ke kampung tersebut, menyatakan mesej yang dibawanya kepada penduduk di situ. Dia kemudiannya kembali kepada Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam dengan sebuah persoalan.

“Aku tidak punya apa-apa untuk dijadikan mas kahwin” adu beliau.

“Carilah sebentuk cincin besi!” Baginda mengajar.

Sungguh unik. Seorang anak muda yang miskin, diperintahkan oleh Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam supaya bernikah. Tidakkah nikah itu memerlukan perbelanjaan? Bukankah selepas nikah, lelaki fakir itu memikul tanggungjawab memberi nafkah. Apa yang mahu disumbat ke mulut isteri?



TELADAN


Kisah pemuda itu tidak harus dipandang mudah pada sekadar bermaksud gesaan Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam agar bernikah.

Bagaimana Baginda berulang kali bertanya soalan yang sama mengapa beliau belum berkahwin? Jawapan yang diberi adalah kemiskinan. Tidak berkahwin dan miskin bukanlah masalah paling utama dalam situasi anak muda tersebut. Sebaliknya Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam mahu menolak anak muda itu KELUAR DARI ZON SELESA beliau agar:
1. Usahakan mencari calon
2. Usahakan mas kahwin walaupun sekadar sebentuk cincin besi

Kata kuncinya, BERUSAHA.

Lelaki itu kelihatannya selesa dengan keadaan dirinya yang miskin. Benar sekali dalam hidup ini, ada yang lebih susah daripada susah, iaitu BERUBAH. Sehingga ada manusia yang lebih rela untuk terus hidup susah berbanding membuat perubahan. Di dalam kes anak muda ini, NIKAH menjadi DORONGAN untuk memaksa pemuda itu membuat perubahan. Usaha cari calon. Usaha dapatkan cincin besi. Pokoknya, kamu kena bangkit berusaha.
Demikianlah perkahwinan mampu mengubah ‘nasib’ seseorang. Jika semasa bujang dia boleh membiarkan dirinya miskin melarat, bekerja bila mahu dan berhenti kerja sesuka hati, pilihan itu tidak ada bagi seorang yang bernikah dan sedar akan tanggungjawabnya. Ada mulut yang mahu disuap, justeru dia tidak sewenang-wenang membuat keputusan mudah bekerja atau menganggur, sabar dengan karenah di tempat kerja atau berhenti.
Begitulah nikah mencetus perubahan diri.
Justeru, memang wajar seorang bapa menolak pinangan anak muda yang fasih mendatangkan nas tentang tuntutan nikah, tetapi gagal menjawab satu soalan ringkas tetapi penting untuk bapa, “jika kamu bukan Nabi dan Wali yang terkecuali daripada asbab untuk mukjizat dan karamah, apa rancangan kamu untuk mengambil alih tugas aku memberi makan minum kepada anakku?”

Sekali lagi, memahami nas secara kaku menjadi sumbatan minda yang membelenggu!

Ayuh permudahkan nikah, namun jangan memudah-mudahkannya!


http://saifulislam.com/?p=8240#more-8240

Wednesday, June 23, 2010

Rukun perjalanan menuju Allah, melalui ilmu dan zikir


Almarhum Dr Sa’id Hawa menjelaskan bahawa perjalanan menuju Allah mempunyai dua rukun, iaitu ilmu dan zikir. Tanpa keduanya, tidak ada perjalanan menuju Allah SWT.

Ilmu adalah yang menerangi jalan dan zikir adalah bekal perjalanan dan keperluan pendakian. Kita berhajat kepada ilmu untuk mengenali segala perintah, petunjuk, bimbingan dan peringatan Allah SWT dan mengenali hikmatnya agar kita dapat melaksanakan segala perintah tersebut serta mencapai hikmatnya, manakala kita berhajat kepada zikir agar Allah SWT bersama kita dalam perjalanan kita menuju kepadaNya.

Rukun pertama: Ilmu
Bukanlah menjadi satu keraguan bahawa apa yang dimaksudkan dengan ilmu ialah ilmu tentang al-Qur’an dan al Sunnah serta ilmu tentang segala yang diperlukan oleh Salik dalam perjalanannya menuju Allah SWT. Sekurang-kurangnya setiap salik mestilah melengkapkan dirinya dengan kesemua ilmu fardu ‘ain, iaitu ilmu yang setiap muslim dituntut mempelajarinya.
Setiap muslim wajib mengetahui segala perbuatan yang wajib dilakukannya, agar ia tidak meninggalkannya; dan juga perbuatan yang haram dilakukannya, agar ia terhindar daripada melakukannya. Setiap perbuatan yang wajib dilakukan, maka mempelajari ilmunya juga menjadi wajib, Ini adalah kerana tanpa ilmu tentang sesuatu, maka seseorang tidak mungkin dapat melakukan sesuatu itu dengan betul, sesuai dengan kehendak syariat.
Imam Ghazali mengingatkan kita di dalam kitabnya Ihya Ulum Al-Din, bahawa di antara ilmu yang wajib dipelajari ialah ilmu mengenai jalan menuju ke akhirat. Apa yang dimaksud ilmu menuju jalan ke akhirat ialah ilmu cara membersihkan hati atau jiwa daripada sifat-sifat yang keji, yang tercela, yang dianggap sebagai kotoran yang menjadi penghalang daripada mengenali Allah SWT dan daripada mengenali sifat-sifat dan af’al atau perbuatan-perbuatanNya. Tidak ada jalan untuk ke sana melainkan dengan latihan, ilmu dan pengajaran.

Ilmu tersebut terbahagi kepada dua bahagian:

Pertama: Ilmu zahir, iaitu ilmu yang berkaitan dengan amalan anggota badan, dan ia terbahagi kepada adat dan ibadat.
Kedua: ilmu batin, iaitu ilmu yang berkaitan dengan amalan hati atau jiwa, atau ilmu tentang sifat-sifat yang ada di dalam hati atau jiwa, yang juga terbahagi kepada yang terpuji dan tercela.
Sifat-sifat yang terpuji di dalam hati adalah seperti: sabar, syukur, takut, harap, redha, zuhud, taqwa, qana’ah (menerima dan berpuas hati dengan yang ada atau dengan apa yang Allah berikan), murah hati, ihsan, baik sangka, baik budi,baik pergaulan, jujur, ikhlas dan sebagainya, yang merupakan sumber atau punca daripada segala perbuatan taat dan ibadat kepada Allah SWT.
Adapun yang tercela daripadanya adalah seperti; dengki, dendam, busuk hati, penipu, gila pangkat, gila harta, gila kuasa, gila pengaruh, suka dipuji, sombong, riya’, keras kepala, pemarah, benci, tamak kedekut, kufur ni’mat, mengagungkan orang kaya, bangga, ujub, nifaq (hipocracy),cintakan dunia, cinta harta, gopoh,lalai dan sebagainya, yang merupakan sumber atau punca daripada segala perbuatan ma’siat dan lain-lain perbuatan buruk atau keji, yang dilarang.
Ilmu tentang batasan segala sifat-sifat ini, sama ada yang terpuji ataupun yang tercela, hakikat, sebab-sebab, hasil atau natijahnya, cara memupuk, menanam, atau cara mengubati, membuang atau mengikis daripada sifat-sifat tercela, kesemuanya itu merupakan ilmu jalan akhirat; dan Imam Ghazali mengatakan bahawa ia merupakan ilmu fardu ain, mengikut fatwa ulama akhirat.

Rukun kedua: Zikir

Adapun yang dimaksudkan dengan zikir ialah zikir yang diwariskan atau dianjurkan, yang termasuk di dalam perintah Allah SWT dan RasulNya SAW.
Imam Nawawi di dalam kitabnya, Al-Adzkaar, telah menjelaskan pengertian zikir sebagai berikut:
“Ketahuilah bahawa fadilat zikir tidak terhad pada tasbih, tahlil, tahmid, takbir dan yang seumpamanya, tetapi setiap orang yang beramal kerana Allah Taala dengan ketaatan, maka ia termasuk orang yang berzikir kerana Allah Taala. Begitulah yang dikatakan oleh Sa’id Bin Jubair r.a. dan lain-lain ulama”.
‘Ata’ berkata: “Majlis-majlis zikir adalah majlis-majlis yang membincangkan masalah halal, haram, bagaimana anda membeli, menjual, solat, berpuasa, berkahwin, mentalak, haji dan yang seumpamanya”.
Beliau juga telah membawakan hadis yang diriwayatkan daripada Abu Sa’id Al-Khudri r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila seorang lelaki membangunkan isterinya pada waktu malam, kemudian keduanya solat dua rakaat, maka keduanya ditulis dalam golongan orang-orang yang banyak berzikir kepada Allah”.
Maka kedua rukun berjalan menuju Allah menurut Sa’id Hawa adalah ilmu dan zikir; dan tidak akan ada perjalanan melainkan dengan keduanya.
Walau bagaimanapun, perlu diketahui bahawa para salik yang menempuh jalan menuju Allah itu terbahagi kepada dua golongan. Golongan yang pertama lebih banyak melibatkan diri mereka kepada Allah SWT disamping tidak melalaikan tanggungjawab mereka dalam menuntut ilmu agama sebagaimana yang dituntut oleh syara’.
Manakala golongan yang kedua pula mendekatkan diri mereka kepada Allah SWT dengan bertungkus-lumus mendalami ilmu agama disamping tidak mengabaikan keperluan untuk berzikir. Akhirnya, mereka semua (insya Allah) akan sampai ke satu arah tuju yang sama iaitu mencapai keredhaan Allah dan mendekatkan diri kepadaNya.
Beliau menjelaskan bahawa pembahagian tersebut adalah disebabkan kerana adanya perbezaan pada kecenderungan atau minat dan kemampuan atau kesanggupan manusia itu sendiri. Segolongan manusia, kecenderungan atau minatnya kepada ilmu lebih besar dan juga kemampuannya untuk mencapai ilmu tersebut ada, dan segolongan lainnya kemampuannya untuk mencapai ilmu terhad dan kesanggupannya untuk beribadat, beramal dan berzikir adalah besar.
Jalan yang sesuai bagi golongan yang pertama adalah ilmu, tetapi mesti juga disertai dengan zikir; dan jalan yang sesuai bagi golongan yang kedua adalah memperbanyak zikir, tetapi mesti juga disertai dengan ilmu.
Daripada huraian tersebut, kita dapat mengambil kesimpulan bahawa setiap manusia yang berjalan menuju Allah atau mencari keredhaan dan keampunan Allah, yang dengannya dicapai kebahagiaan akhirat dan terhindar daripada seksaan neraka, mestilah berusaha, selain mengisi masanya dengan melaksanakan tugas peribadatan yang telah ditetapkan, seperti solat lima waktu, puasa ramadan dan lain-lainnya, juga dengan kegiatan menuntut ilmu dan berzikir.
Ia mesti menjadikan kegiatan menuntut ilmu dan berzikir ini sebagai agenda hariannya yang berterusan sepanjang hayat, kerana kedua-duanya merupakan ibadat yang sangat tinggi nilainya. Setiap salik mestilah berusaha menghindarkan diri daripada membazirkan masanya dengan sebarang perbuatan yang tidak ada manfaatnya seperti melepak di kedai-kedai kopi, berbual kosong dan kerja-kerja yang seumpamanya.
Di dalam sesuatu hadis, ada dinyatakan bahwa tanggung jawab pertama yang akan disoal ke atas setiap insan ialah tentang umurnya: di mana ia telah menghabiskannya? Di dalam surah al-’Asr Allah SWT telah menyatakan dengan bersumpah: “Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan (mengisi masanya dengan)beramal soleh, serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran”.
Setiap salik mesti menentukan masa yang tetap setiap hari untuk menuntut ilmu dan berzikir: menetapkan masa tertentu untuk membaca al-Qur’an dan memahami maknanya. Mereka boleh merancang untuk mengkhatamkan Al-Qur’an setiap seminggu sekali, dua minggu sekali, sebulan sekali atau lain-lainnya, mengikut kemampuan dan kesanggupan masing-masing. Perkara yang penting di sini ialah mereka menetapkan agenda yang tetap dan berterusan sepanjang hayat.
Membaca Al-Qur’an adalah ibadat dan zikir, dan memahami kandungannya adalah ilmu yang paling tinggi nilainya.
Selain mempelajari Al-Qur’an, mereka juga mesti berusaha mempelajari ilmu-ilmu syari’at lainnya dengan membaca kitab-kitab agama, menghadiri kelas-kelas agama, ceramah-ceramah agama, atau mempelajari agama daripada guru-guru agama yang memberi bimbingan secara langsung kepada para pelajar atau murid-muridnya.
Menuntut ilmu dalam Islam merupakan ibadat yang dituntut dan tinggi nilainya. Ibnu ‘Abd al-Bar telah meriwayatkan daripada Abu Dzarrin al-Ghiffari r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda; “Bahawa anda keluar di waktu pagi untuk mempelajari satu bab daripada ilmu adalah lebih baik daripada anda solat seratus rakaat”.
Kita mesti menetapkan agenda harian yang tetap, dengan memperuntukkan masa tertentu yang mencukupi untuk menuntut ilmu serta membaca kitab-kitab ilmiyah. Di dalam Islam, agama itu sendiri adalah ilmu dan ilmu adalah agama. Agama adalah ilmu kerana ia berdiri di atas asas pemikiran, penyelidikan, menolak taklid buta dan bersandar kepada pembuktian yang meyaqinkan, bukan kepada sangkaan dan mengikuti hawa nafsu.
Begitu juga ilmu dalam Islam, ianya adalah agama, kerana menuntutnya adalah diwajibkan ke atas setiap muslim dan muslimah sama ada sebagai fardu’ain atau fardu kifayah, dan bergiat dalam bidang ilmu yang bermanfaat, sama ada manfaat duniawi atau ukhrawi, dianggap sebagai ibadat dan jihad di jalan Allah.
Adapun zikir, maka ia merupakan amalan yang berterusan kerana, selain ia merupakan amalan tersendiri, ia juga boleh masuk ke dalam atau ke celah-celah amalan-amalan lain dan boleh mengisi setiap masa yang terluang dari sejak kita bangun dari tidur sehinggalah kita naik semula ke katil untuk tidur.
Perbekalan Rabbani Dalam Perjalanan: Taqwa, Muhsabah Diri dan Taubat.
Di dalam perjalanan yang panjang merentasi kehidupan di alam dunia, mencari keredhaan Allah SWT, supaya dapat memasuki alam barzakh dan alam akhirat dengan selamat, Rabbani berhajat kepada perbekalan, dan tidak ada perbekalan yang lebih baik daripada ketaqwaan. Allah SWT telah berfirman di dalam surah Al-Baqarah:197:
“Dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya, sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah taqwa (ketaqwaan); dan bertaqwalah kepadaku wahai orang-orang yang berakal”.
Di dalam bab ini, saya ingin membicarakan tentang perbekalan yang mesti ada pada setiap rabbani dalam perjalanannya menuju Allah al-Rabb al-Jalil, sebagaimana yang diperintah oleh Allah SWT, iaitu taqwa atau ketaqwaan dan yang merupakan cawangan daripadanya, iaitu muhasabah diri dan taubat.

wallahua'lam

Saturday, June 12, 2010

Akad Nikah

Salam semua.Atas permintaan beberapa org pengikut blog ni yg nk tengok majlis akad nikah abg aku..ada la sempat aku upload beberapa gambar semasa majlis itu...dop byk mano. nnti kalu ada rezki aku upload majlis kenduri pulop.
































Semoga perkahwinan ini kekal hingga ke Syurga..
ok la, nk menerangkan setiap gamaq tu letis la pulak. taruk sendiri apa yg ingin di maksudkan. sekeping gambaq seribu maksud katakan. guna D90 + flash nissin. lepas ni aku punya turn pulak akad nikah. pakat mai ramai2 ok..tapi tak tau lg bila..haha.=)
wslm.

Wednesday, June 9, 2010

4 Rukun Yahudi



Penganut agama Yahudi hari ini mempercayai empat rukun yang telah dipinda serta disesatkan adalah seperti berikut :
1. Yahudi menganggap mereka adalah bangsa yang dipilih oleh Allah SWT manakala bangsa-bangsa lain adalah ‘binatang-binatang’ yang dijadikan rupa manusia yang membolehkan mereka melakukan apa sahaja termasuk membunuh bangsa lain.
2. Yahudi berhasrat untuk mendirikan Haikal Sulaiman iaitu kuil yang mereka dakwa pernah didirikan oleh Nabi Sulaiman a.s. dan tapak kuil itu ialah Masjidil Aqsa yang menjadi tempat Israk Nabi Muhamad s.a.w.
3. Bangsa Yahudi mahu mendirikan negara besar dunia yang berpusat di Israel di mana seluruh dunia akan tunduk kepadanya.
4. Yahudi menunggu al-Maseh. Al-Maseh ialah yang memimpin Yahudi untuk menakluk dunia. Kepada kita orang Islam, al-Maseh ialah ‘dajjal’ yang dijanjikan oleh Nabi s.a.w.
Oleh itu kita hendaklah berwaspada dengan tindak tanduk Yahudi dengan menyakini tidak ada yang berkuasa selain daripada Allah S.W.T.

Modal RM100 Untung RM10,000 sebulan

Ini bukan skim cepat kaya atau program MLM tapi adalah satu permainan. Permainan ini adalah salah satu slot kursus saya pada dua minggu lepas. Penceramah kursus tersebut telah membahagikan peserta kepada beberapa kumpulan dengan setiap kumpulan dianggotai 10 peserta. Setiap kumpulan diberi tugas yang sama iaitu mendapatkan satu idea bagi menyelesaikan satu permainan iaitu Modal RM100 untung RM10,000 dalam masa sebulan.
Setiap kumpulan diberi masa untuk berbincang dan membentangkannya. Pelbagai idea telah dibentangkan seperti menjual air, makanan dan banyak lagi tetapi semuanya tidak tepat. Namun begitu hanya satu kumpulan sahaja yang berjaya menyelesaikanya dengan betul.
Kumpulan itu membentangkan idea tersebut dengan membahagikan keuntungan yang ingin dicapai sebanyak RM10,000 kepada setiap hari. Jadi keuntungan sehari yang perlu dicapai hanyalah RM333. Kemudiannya mereka membahagikan keuntungan sehari kepada jumlah peserta bagi kumpulan tersebut yang akhirnya hanya RM33.30 sahaja perlu dicapai untuk setiap peserta. Dengan jumlah yang kecil tersebut tentu sekali setiap peserta dapat memberi komitmen yang tinggi bagi mencapai sasaran bulanan mereka.
Konsep yang sama juga telah digunakan oleh perunding Takaful atau insuran bagi merealisasikan sasaran mereka. Mereka hanya perlu mencari seorang pelanggan sahaja sehari untuk mendapat komisen sebanyak 25 hingga 35 peratus bagi setiap polisi dan bermodalkan air liur sahaja.
Mungin bagi sesetangah orang cara tersebut agak sukar untuk dicapai namun begitu empat jutawan dibawah telah membuktikan modal perniagaan yang kecil bukan penghalang kepada kejayaan mereka.
1. Fred De luca – pengasas restoran Subway
Beliau adalah bilionare yang menjadi pengasas kepada restoran sandwich fracis subway yang terkenal. Pada usia 17 tahun beliau telah meminjam $1,000 dengan rakannya, Peter Buck untuk membuka gerai sandwich dengan nama Pete’s submarine sempena nama kawannya. Kemudianya beliau menjadikan perniagaanya berkembang maju atas nama Subway. Dengan hanya bermodalkan $1,000 pada tahun 1965 sehingga Oktober 2008 perniagannya memiliki 31,000 francis di 91 negara serta mengasilkan jualan sebanyak $9 billion setahun.
2. Alex Aguila dan Nelson Gonzalez – Alienware
Pada tahun 1996 komputer industri mengalami kemerosotan kerana mendapat tekanan daripada jualan komputer klon. Margin keuntungan yang kecil semakin mengecil. Namun begitu Alex dan Nelson Gonzalex masih percaya dengan jualan komputer masih ada ruang untuk berjaya dan menjual lebih mahal daripada komputer berjenama. Mereka memasarkan komputernya kepada peminat Hardcore gamers. Dengan bermodalkan sebanyak $10,000 mereka telah memasang komputer yang berkapasiti tinggi khusus untuk Hardcore gamers dibawah syarikat Alienware. Usaha mereka akhirnya berjaya apabila pada tahun pertama sahaja syarikatnya memperolehi sebanyak $80,000 dan meningkat saban tahun sehingga mereka memperolehi $250 juta pada tahun 2006. Pada tahun tersebut juga mereka telah menjual syarikat mereka kepada Dell dengan harga $100 juta.
3. Mike Domek – TicketNow
Mike Domek sudah lama aktif dengan menjadi orang tengah untuk mendapatkan tiket konsert, sukan dan banyak lagi hanya mengunakan telefon. Pada tahun 1992 beliau mengambil keputusan untuk menjadi broker sepenuh masa dengan bermodalkan $100. Pada tahun 1996, beliau akhirnya menubuhkan TicketNow sebuah website yang menjadi orang tengah menjual tiket. Dalam tahun 2005, beliau telah mempunyai 200 pekerja dengan jualan sebanyak $100 juta. Seperti juga Alienware beliau juga menjual syarikatnya pada penghujung 2008 apabila TicketMaster membelinya sebanyak $265 juta.
4. Annita Roddick – The Body shop
Anita Roddick memulakan perniagaan penjagaan kulit pada tahun 1977 dengan pinjaman bank sebanyak $6,800. Beliau menghasilkan produk penjagaan kulit yang unik hasil campuran pelbagai ramuan bersama anakya di rumah. Pada permulaannya beliau mengalakkan pelangganya membawa botol yang sudah habis untuk diisi semula dengan harga diskaun untuk menurunkan kos . Pada tahun 2004, the Body Shop mempunyai 1980 rangkaian dan mempunyai 77 juta pelanggan seluruh dunia. Pada tahun 2006, L’Oreal telah membeli The Body Shop dengan harga $1 billion.
Kesimpulannya, modal besar bukan menjadi kejayaan sesautu perniagaan tetapi strategi yang baik membolehkan sesautu perniagaan berjaya. Permainan diatas adalah salah satu contoh strategi untuk berjaya dengan bermodalkan kecil.

Saturday, June 5, 2010

Driver BN kena malu dengan MCA

Tuesday May 25, 2010-Di bawah tajuk 'Boy's RM8mil gambling losses', The Star Online hari ini melaporkan MCA Kapar berjaya memungut 2,000 tanda tangan untuk kempen “Anti-Gambling at Internet Cafes” hanya dalam masa dua jam.

Berita selanjutnya ialah mengenai seorang remaja ketagih judi. Pada usia 19 tahun, ia telah kalah judi sebanyak RM 8 juta! Judi bola sepak online adalah kegemaran beliau.

Ia mewarisi tabiat perjudian itu dari bapanya, seorang jutawan.

MCA memungut tanda tangan menyekat perjudian, termasuk perjudian bola sepak online. UMNO?

Tanggungjawab moral MCA nampaknya melebihi parti 'driver' BN.

PORT KLANG: A boy who went into high-stakes gambling at the age of 16 accumulated losses amounting to about RM8mil by the time he was 19.

The boy, a millionaire’s son, had allegedly followed in his father’s footsteps by gambling and ended up losing millions in foreign football bets over the Internet.

His compulsion for betting was so great that he came to be known as the Little Dragon.

Yesterday, Klang Barisan Nasional chairman Datuk Teh Kim Poo (pic) who was unable to coax the teenager to come forward to relate his gambling spree, said the youth’s gambling habit stemmed from his father, a compulsive gambler.

“This teenager grew up watching his father gamble and at the age of 16, he began to gamble after gambling agents gave him a credit line of RM100,000. Each time he was buried in debt, his father would bail him out. Over these three years, there have been several bail-outs,” he said.

Teh added when the accumulated losses came to RM8mil, it was the last straw for the father. The man, in his 50s, barred him from gambling and stopped his son from attending college. He now works with his father.

Teh added that Pandamaran New Village had become a hot place for such gambling and simple wooden houses were equipped with Internet facilities for the activity.

On Sunday, Klang and Kapar MCA held an “Anti-Gambling at Internet Cafes” signature campaign at the Taman Eng Ann morning market.

It got more than 2,000 signatures from parents in two hours.

Friday, June 4, 2010

OSTEOPOROSIS DI KALANGAN WANITA



Osteoporosis merupakan penyakit tulang reput yang berisiko besar mengakibatkan patah tulang. Ini adalah kerana tulang tersebut telah hilang ketumpatannya dan kurang kualiti dari segi kalsium atau yang dikatakan kurang “bone mass density “(BMD). BMD biasanya paling maksima pada umur 30an dan berkurangan dengan bertambahnya umur terutama selepas putus haid (menopos).

Patah tulang boleh berlaku di mana-mana tulang tetapi kebiasaannya berlaku pada tulang belakang, pinggul dan pergelangan tangan. Patah tulang biasanya memerlukan pembedahan, kemasukan ke hospital dengan kadar lama, serta boleh mengakibatkan kecacatan yang kekal, kesakitan yang teruk, terlantar di katil dengan agak lama dan kemungkinan kematian.

Di Malaysia, sekurang-kurangnya 1 dalam 3 orang rakyat berisiko tinggi mendapat osteoporosis. Juga didapati bahawa sekurang-kurangnya separuh atau 50% daripada wanita berumur 50 tahun ke atas mengalami patah tulang disebabkan osteoporosis di mana kaum Cina yang paling tinggi diikuti kaum Melayu dan India.

Oleh itu, kita perlu tahu apa faktor-faktor penyebab dan bagaimana hendak mengelak dari mendapat penyakit ini.

PATOLOGI OSTEOPOROSIS

Osteoblast versus osteoclast aktiviti



Daripada gambarajah di atas, didapati bahawa osteoblast, iaitu sel tulang bertugas untuk membina tulang dengan memasukkan kalsium ke dalam tulang sementara osteoclast juga sel tulang bertugas sebagai memakan tisu tulang dengan menarik keluar kalsium dari tulang. Kedua-dua sel ini adalah penting untuk menjaga keseimbangan kalsium dalam darah serta menjaga kedinamikan dan kesihatan tulang Aktiviti osteoblast dikawal oleh hormone calcitonin dan osteoclast dikawal oleh hormone parathyroid. Ketidakseimbangan yang berlaku di antara kedua-dua hormone dalam beberapa penyakit ini menyebabkan salah satu sel bertugas dengan lebih aktif dari yang lain. Kalau osteoclast lebih aktif, maka BMD rendah dan osteoporosis boleh berlaku.

Klasifikasi Osteoporosis

Terdapat 2 jenis iaitu Primer (Primary) dan Sekunder (Secondary) :

1. Osteoporosis Primer

Antara sebab-sebabnya ialah:-

1.Selepas menopos atau putus haid – kurang estrogen sebabkan BMD rendah

2. Berkaitan dengan umur – umur yang meningkat, semakin tinggi risiko dapat osteoporosis

3.Tidak diketahui- jarang berlaku

2. Osteoporosis Sekunder

Antara penyebabnya ialah:-

1.Penyakit endocrine seperti Cushing’s Syndrome, hypogonadism, thyrotoxicosis dan hyperparathyroidism.

2.Ubat-ubatan seperti Glucocorticoids atau steroids ( 5 mg sehari untuk lebih dari 3 bulan), Heparin yang digunakan untuk waktu lama dan ubat sawan seperti Phenytoin

3.Penyakit-penyakit kronik seperti kerosakan ginjal atau buah pinggang, penyakit hati seperti liver cirrhosis, penyakit malabsorption iaitu selepas pembedahan buang perut dan penyakit sendi kronik spt Rheumatoid arthritis

4.Lain-lain seperti nutritional iaitu kurang pengambilan zat kalsium dan juga penyakit barah.

FAKTOR-FAKTOR RISIKO (RISK FACTORS)

Faktor-faktor berikut di bawah boleh menyumbang kepada osteoporosis iaitu:-

Faktor-faktor Non-modifiable / yang tidak boleh diubah

1.
1. Umur yang meningkat
2. Kumpulan ethnik- orang berketurunan Cina dan “orang putih”
3. Menopos sebelum masanya iaitu umur kurang dari 45 tahun termasuk menopos disebabkan pembedahan rahim dan ovary
4. Saiz badan yang sediakala kecil
5. Keturunan- Sejarah ahli keluarga spt ibu, ayah dan adik beradik yang pernah mengalami osteoporosis

Faktor-faktor modifiable/ yang boleh diubah

1.
1. Pengambilan kalsium dan Vit D yang rendah- masyarakat di Malaysia kurang minum susu
2. Tahap aktiviti – kurang senaman boleh reputkan tulang
3. Merokok berlebihan
4. Mengambil minuman berakohol
5. Mengambil caffeine berlebihan
6. BMI yang rendah iaitu kurang dari 19 kg/m2 ( BMI= Berat (kg) / tinggi(m) x tinggi (m)
7. Kekurangan hormone estrogen
8. Makanan yang terlalu asidik – darah perlu pada ph neutral, maka, hormone parathyroid akan rangsang osteoclast ambil kalsium dari tulang

DIAGNOSA

Osteoporosis dikatakan “silent disease”, di mana biasanya tiada tanda apa-apa. Hanya setelah mengalami patah tulang baru diagnosa dibuat.

Walaubagaimanapun, antara tanda-tanda yang biasa dilihat ialah bongkok yang keterlaluan (dorsal kyphosis) macam dalam gambar awal, patah tulang ketika kecederaan yang minima, kurang ketinggian disebabkan tulang belakang dihimpitkan, dan sakit tulang belakang.

Osteoporosis Primer hanya dibuat setelah di kecualikan sebab-sebab Osteoporosis Sekunder yang telah disebutkan tadi.

Antara penyiastan yang boleh dilakukan ialah:-

* Bone mineral density test (BMD) – guna mesin X-Ray spt DXA, SXA, juga menggunakan Ultrasound tulang tumit mudah didapati di hospital swasta
* X-Ray tulang belakang, pinggul
* Ujian darah/ air kencing – tahap kalsium, fungsi ginjal dan penyakit2 lain
* Tahap hormone dalam darah – hormone T4, TSH, FSH, LH, testosterone


LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN

a)Pengambilan kalsium dan Vit D yang mencukupi

Rakyat Malaysia dikatakan mengambil hanya 300-500 mg susu sehari sedangkan,

Bagi wanita 19-49 tahun – 800 mg sehari diperlukan

Bagi wanita lebih dari 50 tahun – 1000 mg sehari diperlukan

Antara makanan yang mengandungi kalsium termasuk:-

1.Yogurt biasa 2% 1 cawan – 415 mg

2.Susu tinggi kalsium 1 cawan – 500 mg, susu biasa cuma 300 mg

3.Susu skim 1 cawan – 300 mg

4.Keju 1 cawan – 217 mg

5.Kacang soya ½ cawan – 88 mg

6.Broccoli ½ cawan – 89 mg

7. Buah oren – 52 mg

8. Ikan salmon 3-4 oz – 225 mg

Dicadangkan agar di samping minum susu, diambil juga tambahan pil kalsium karbonat atau kalsium sitrat.

Vitamin D pula, kalau kita terdedah pada matahari selama lebih dari 15 minit sehari, maka sudah mencukupi untuk kita. Bagi, wanita yang berumur, terlantar di katil atau yang kuran membuat aktiviti di luar, maka diperlukan 800 IU sehari yang boleh didapati dalam pil multivitamin atau kalsium. Vit D juga boleh didapati dalam telur, daging dan ikan salmon dan sardin.

b) Tingkatkan berat badan bagi wanita yang BMI kurang dari 19 kg/m2

c) Tingkatkan senaman “weight bearing” atau aktiviti fizikal tetapi jangan keterlaluan

Seeloknya 3-4 kali seminggu untuk 20-30 minit setiap kali untuk mengekalkan

keseimbangan hormone.

Contohnya, lebih baik jalan kaki daripada naik kereta apabila ke kedai berdekatan,

naik tangga daripada naik lif bila ke pasaraya dan berdiri daripada duduk

d) Kepentingan postur atau cara yang betul untuk duduk, jalan dan berdiri, juga untuk angkat

barang, di mana pamphlet boleh didapati di klinik dan hospital.

e) Elakkan minuman berakohol

f) Kurangan pengambilan kopi, teh dan coklat

g) Elakkan merokok

h) Bagi wanita berumur, elakkan daripada mudah jatuh dan tercedera

RAWATAN

Osteoposorosis Primer

1.Rawatan hormone untuk tingkatkan BMD

- Progestin dan oestrogen untuk wanita yang masih ada rahim

- Ostrogen untuk wanita yang tiada rahim

* Kaedah ini hanya untuk merawat dan mengelakkan osteoporosis dalam wanita yang

sudah menopos

2.Biphosphonates. Tablet allendronate 10 mg sehari selama 3 tahun

3. Suntikan hormone parathyroid (FORTEO) – agak mahal, RM 1800 sebulan selama 18 bulan

Osteoporosis Sekunder

1.Pesakit yang mengunakan ubat steroids contohnya asthma, boleh mengurangkan risiko dengan mengambil steroid secara sedutan. Pesakit yang mengunakan ubat yang menyebabkan osteoporosis perlu mengamalkan senaman secara berkala seperti di atas, elakkan aktiviti yang boleh memberi risiko kemalangan yang boleh menyebabkan tulang patah.

2. Bagi pesakit ginjal/ buah pinggang, perlu rawat komplikasi yang timbul dan kalau perlu pesakit perlu rawatan dialysis

3. Mengambil Kalsium dan Vitamin D yang mencukupi setiap hari, dengan dos seperti diberikan di atas untuk mengekalkan BMD dan mengelakkan patah tulang.

4. Mengambil Calcitonin melalui sedutan

5. Amalkan senaman “weight bearing” seperti brisk walking( jalan cepat) sekurang-kurangnya 3-4 kali seminggu bersama keluarga

Kesimpulannya, bagi wanita yang belum menopos dan tiada faktor-faktor risiko yang telah disebutkan tadi, kesedaran tentang penyakit perlu ada dan eloklah diambil langkah-langkah pencegahan yang telah dinyatakan seperti meminum susu dengan secukupnya. Sementara itu, bagi wanita yang ada factor-faktor risiko, tumpukan usaha untuk merawat penyakit-penyakit berkaitan seperti dalam osteoporosis sekunder sebaik-baiknya.

Bagi wanita yahg sudah menopos, jangan bertangguh untuk membuat ujian BMD, jaga kesihatan anda, amalkan senaman “weight bearing”, elakkan dari aktiviti yang boleh menyebabkan kecederaan dan patah tulang. Puan digalakkan untuk mendapatkan nasihat dari doktor pakar tentang pengambilan hormon yang boleh mengelak dari osteoporosis.

Akhir kata, sekiranya puan sedang mengalami osteoporosis dan mengalami patah tulang serta kesakitan yang teruk, jangan berputus asa, teruskan rawatan dan sentiasalah berdoa dan bertawakkal dengan Allah.

Wednesday, June 2, 2010

8 Jobs That Require Imagination



Get paid to use your creativity and imagination with these great-paying jobs!
Imagine this: getting paid to let your imagination run wild.
If you're a creative person with a great imagination, we've got some ideas to help you turn your passion into a profit with one of these eight great-paying careers.
1. Graphic Designer
Here's a profession that really rewards creativity. By becoming a graphic designer, you can use your active imagination to dazzle clients by imagining and executing visual solutions to their communication problems.
Training: Interactive media is a game changer for graphic designers, who often earn a bachelor's in computer aided design, animation, or graphic design and multimedia. Shorter certificate programs can also help you keep pace with the competition.
Pay: Graphic designers earned an annual average salary of $42,400 in 2008. Those specializing in computer systems design earned an average of $47,860.
2. Marketing Professional
Creative brainstorming sessions are the norm for marketers, who are constantly coming up with fresh ways to communicate with consumers.
Training: It's not enough to come up with a brilliant plan. You need to know how to execute it. Marketing/communications programs can help you launch your career. An MBA can help you land a more senior position.
Pay: Marketing managers earned an average of $108,580 per year in 2008.
3. Detective/Forensics
If you enjoy detective stories, why not live the life yourself? Before detectives and forensics specialists can get the bad guy, they have to imagine how he did it.
Training: An active imagination can help law enforcement personnel envision crime-scene scenarios and motivations for different suspects. A lot of legwork is required, but imagination can be the key to cracking a case. A degree in forensics/crime scene, police & law enforcement, or criminal justice can help make that your job description.
Pay: The median annual wage for detectives and criminal investigators in 2008 was $60,910.
4. Business Entrepreneur
Walt Disney once famously said, "If you can dream it, you can do it." Creating a successful company requires bold, unconventional thinking. Some people call visionary businesspeople "crazy" - until their idea becomes huge. There are no guarantees in the business world, but every great business starts with that new idea. Do you have what it takes to make an idea come to life?
Training: Get started with an associate's or bachelor's degree in business administration or e-business/e-commerce, and finish with an MBA.
Pay: SimplyHired.com says the average entrepreneur earns $111,000.
5. Video Game Designer
Sharing their own mind-blowing ideas can quickly turn profitable for video game designers since imagining new worlds is what they do for a living.
Training: But imagining that brave new world is just the first step. Getting a degree in video game design or animation can help you share that vision with the rest of us.
Pay: Video game designers new to the job make about $46,000, according to AnimationArena.com.
6. Forensic Accountant
Money laundering is a dirty business that requires smart, creative accountants to visualize how the white collar criminals do what they do.
Training: Math courses are the obvious choice here and you'll get plenty of those while getting a bachelor's degree in accounting or business administration. An associate's degree in accounting can help you land a more entry-level job.
Pay: Accountants and auditors earn $59,430, with the top ten percent clearing over $100,000, according to the Department of Labor.
7. Teacher
An active imagination and a flair for creativity helps teachers connect with students. And the more they inspire the students, the more the students return the favor.
Training: Teachers need an active imagination - and credentials. Thankfully, getting your education degree or teaching certificate has never been easier, thanks to a proliferation of online teaching programs.
Pay: Forbes magazine says new teachers made $49,000 in 2005-06, the most recent year for which data is available.
8. Chef
Among other things, inventiveness is a key to being a great chef. Great dishes won't make as big a splash if the artistic presentation isn't up to par.
Training: Prior experience in the industry may help you get your foot in the door. If you want to get formal training, look into getting a degree in culinary arts.
Pay: Chefs, and head cooks earn an average of $38,770 per year. That average goes up ($44,660 per year) for those in traveler accommodation.

Tuesday, June 1, 2010

Israel would not dare attack Iran: Ahmadinejad


Iranian President Mahmoud Ahmadinejad has warned Israel it "would not dare attack Iran", in response to news the jewish state tested a ballistic missile.


"The Zionist regime ... would not dare attack Iran," Ahmadinejad told Al Jazeera television in remarks translated into Arabic, referring to Israel. "The Iranian response would make them regret it, and they know this.

"It knows that any attack on Iranian territories would prompt a fierce response," he added.

Israel tested a missile today and urged the West to work harder to prevent "the appearance of a nuclear Iran".

Israel Radio said the missile tested was capable of carrying an "unconventional payload" - an apparent reference to the nuclear warheads Israel is assumed to possess, though it has never publicly confirmed their existence.

Ahmadinejad said Israel was a "criminal regime" which would not gain legitimacy through threats. "It has lost its philosophical reason to exist," he said, adding that regional countries rejected Israel for occupying Palestinian territories.

The Iranian president also said Iran was also prepared for any possible U.S. military strike.

"But we are not worried about this kind of talk...because it is aimed at American domestic consumption as they need it in the upcoming presidential elections," he said.

Ahmadinejad said new United Nations sanctions against Iran would only discredit the UN Security Council as they would be based on political pressure, not legal issues.

"If the world realises that the council takes illegal measures ... it would destroy the reputation of the council," Ahmadinejad said.

"It would better for them (world powers) to ... drop the issue from the Security Council's agenda," said Ahmadinejad, whose country has agreed with the UN atomic watchdog to answer outstanding questions within a month about past covert nuclear work that had military applications. Germany said today that next Tuesday's meeting between six big powers aims to show international resolve not to allow Iran to develop nuclear weapons technology.

The West fears Tehran is secretly seeking an atom bomb. Iran says its nuclear programme is only for power generation. A recent US intelligence estimate that it had stopped an active nuclear arms drive in 2003 has compounded disagreement among the six powers over the next steps in the stand-off.

Harga Kangkung Melambung




ala kangkung la kangkung..
Wow,harga kangkung melambung! haha..lawak2..tapi itu lah hakikat zaman sekarang nie. produk asas tani atau primary line bisnes mmg senantiasa meningkat.Tapi aku terkezut bila perbualan aku dgn pemborong sayur ptg tadi membuatkan aku geleng2 kepala.mmg ada beberapa jenis sayuran yg naik turun,tapi bila kangkung yang kebiasaan sekitar RM1 jer sekilo buleh naik mencecah RM4..ermmm...mmg buleh beli ferari kot pengeluar kangkung secara komersial nnti. Dia(pemborong tadi) bgtau aku lagi, peniaga di pasar KB siap buleh gi Mekah dgn jual sayur murah2 jer..tapi aku tak tau la bila peniaga di KT nie mcm nak cepat kaya kot jual harga gila2.


Patut la harga makanan kat sini (KT) mahal..haih. Bualan aku dgn dia tadi terlajak pasal kuasa membeli(Purchasing Power) dikalangan masyarakat komuniti KB dan KT. Aku bgtau dia Tesco di Kelantan kalau weekend boleh cecah atau lebih RM1 juta sehari punya jualan(sumber dari web yg boleh dipercayai),kalau Giant KT (sumber dari Zaidi,Manager Department Giant KT)sekitar RM500K jer..dia mencelah, org KB kaya2 kot..aku angguk2..aku sambung balik...Kuasa membeli di KB di bantu oleh komuniti Selatan Thailand (terutama dari Wilayah Naratiwat,Yala dan Songkla).Aku selalu jugak la jumpa group2 yg fasih berbahasa siam ni dalam Tesco KB..takkan datang utk window shopping jer..sahih2 la nk berborong jugak. kalau tengok depa memberli..perhh..sorang tu kekadang tolak sampai 2 troli!.kemudian daripada itu, cara pembelian di situ jugak sangat la kurang sekali penggunaan Credit Card tuh..maka dengan hal tersebut..banyak lah sekali Cash Flow dalam tu..berbalik pula ke KT,alasan yg selalu dgr bila harga barang mahal di KT (dah basi kot) ialah Kos Pengangkutan. tak abis2 nk bgtau KT tak dak pelabuhan...haru2!

Pada aku secara peribadi kalau harga barang di KT mahal sbb cara membeli masyarakat sini yg tak sepakat(tak perlu explain)(sapa nk tau kena mai sini).kemudian,malasnya masyarakat marhain bertani. Sewa kedai dan Tanah atau properties value yg tinggi.dan cara Pemborong dan Peniaga memonopoli barang yg dijual..
sekian pemerapuan dari aku.