Time and Date

Saturday, January 29, 2011

Kartun Metro Hina Islam?



Harian Metro bertarikh 27 Januari 2011 di ruang Dialog Kota Raya telah memaparkan gambar situasi di Tenang.

Ada 2 watak di dalam gambar ini. Seorang muslim wanita. Dan seorang pula wanita cina menjual ikan. Apa yang berlaku dalam gambar ini? Kartun sinis menghina calon Pas, Cikgu Mala. Isu bodoh yang dibangkitkan oleh Chua Soi Lek Porno. Gambar ni menghina Umat Islam khasnya muslimah dan agama Islam sendiri!

Di dalam undang-undang islam, haram orang islam mengundi pemimpin yang menghina islam atau mempersendakan islam.

57. Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang Yang menjadikan ugama kamu sebagai ejek-ejekan dan permainan - dari orang-orang Yang telah diberikan Kitab sebelum kamu, dan orang-orang kafir musyrik itu: menjadi penolong-penolong; dan bertaqwalah kepada Allah, jika kamu benar-benar orang Yang beriman.

Kita juga sangat percaya jika pemimpin agama lain menghina agamanya, pasti penganutnya akan membantai habis-habisan pemimpin itu.

Tetapi amat malang sekal bagi bangsa melayu yang terdidik di bawah dokrin UMNO. Dokrin UMNONISASI nya membuntingkan ketololan dalam memelihara kesucian islam.Ungkapan ku ini hanya ku tujukan kepada mereka yang sangat bangsat dalam menghina dan menilai islam sebagai cara hidup. Andai ada ahli UMNO yang cintakan islam sepenuh jiwa raga, ku doakan moga berada dalam jalan perjuangan yang benar.Kalian juga saudaraku

Kalau aku diberi pilihan samaada mengundi PAS yang ada cacat cela atau UMNO yang menghina agama. Lebih baik ku undi PAS kerana susuk tubuh UMNO penuh dengan dokrin memperlekeh agama. Inilah dokrin yang lebih bahaya dari segalanya.

Tapi kenapa UMNO tetap ada penyokong melayu yang setia ?. Firaun pun bila ajal tiba, dia dan pengikut setianya tenggelam lemas di lautan sana. Biarkanlah…Ku serah pada yangt Esa."

Thursday, January 27, 2011

Tuesday, January 4, 2011

ANDA USAHAWAN MUKMIN?

Sabda Rasulullah SAW: “Peniaga yang bersifat benar bersama dengan para anbiya’,siddiqin dan para syuhada’.” Inilah sumber motivasi untuk usahawan mukmin sejati.

BERAGAMA

Usahawan mukmin wajib beriman kepada Rukun iman dan melakukan segala kewajipan yang diperintahkan dalam Rukun islam. Berikut adalah peringatan daripada Alah SWT kepada usahawan mukmin:

“Lelaki-lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan jual beli daripada mengingati Allah dan (dari) menunaikan solat dan (dari) mengeluarkan zakat, dan mereka ini takut kepada hari (hari qiamat) di mana pada hari tersebut berbalik-balik hati-hati dan pandangan-pandangan.

(Mereka melakukan perkara tersebut) agar Allah Ta’ala membalas kepada mereka balasan yang lebih baik atas apa yang telah mereka kerjakan, dan limpah kurnia-Nya, dan Allah memberi rezki kepada sesiapa yang dia kehendaki dengan tidak terhitung.”

(Surah An-Nur, Ayat 37-38)

BERAMANAH

Usahawan perlu menyedari bahawa dirinya sedang membawa suatu amanah. Harta yang diperolehi melalui aktiviti keusahawanan bukannya untuk dimiliki secara mutlak oleh usahawan. Sebaliknya,usahawan sekadar berperanan sebagai pemegang amanah yang menguruskan sumber tersebut. Harta kekayaan dan sumber-sumber lain di muka bumi ini adalah milik mutlak Allah SWT.

BERILMU

Dalam surah Al-Mujadalah, ayat 11, Allah SWT berfirman yang bermaksud. “Allah meninggikan darjat orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang di berilmu pengetahuan (dikalangan kamu) beberapa darjat.”

Berdasarkan ayat di atas, untuk menjadi seorang usahawan mukmin yang tinggi martabatnya, usahawan perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dalam bidang usahawan meliputi pelbagai aspek. Ilmu yang dipelajari haruslah berterusan dan difahami secara baik. Sekiranya tidak dilengkapkan diri dengan maklumat yang sahih pastinya akan mudah ditipu oleh diri sendiri atau orang sekeliling.

KERJA ADALAH IBADAH

Selain daripada menganggap perniagaannya adalah suatu amanah daripada Allah SWT, usahawan mukmin turut menganggap setiap pekerjaan yang diusahakannya sebagai ibadah kepada Allah SWT. Ini adalah selari dengan tujuan penciptaan manusia untuk mengabdikan diri kepada Pencipta. Allah SWT menegaskan hal ini dalam firman-Nya seperti berikut:

“ Dan (ingatlah) aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka beribadat kepadaKu. ( Surah Adz-Dzaariyaat, Ayat56)

USAHAWAN SEBAGAI KHALIFAH

Allah SWT melantik manusia sebagai khalifah di muka bumi ini. Khalifah ialah wakil Allah SWT yang bertanggungjawab untuk melaksanakan amanah yang tergalas di bahunya. Melalui konsep ini, sistem perniagaan berlandaskan islam perlu meletakkan kepentingan masyarakat mengatasi kepentingan peribadi. Dalam konteks yang lebih luas, usahawan mukmin sedang berjuang sebagai seorang khalifah dalam usahanya untuk membina sistem peradaban manusia yang sempurna demi kepentingan manusia