Di sebalik bulan Zulhijjah yang terkenal dengan bulan haji, ia juga mencatatkan beberapa peristiwa di dalam diari sejarah pembinaan dan perjuangan umat Islam. Ia menjadi nadi dan titik-tolak kepada pengukuhan akidah dan pemantapan sahsiah serta kekuatan ukhwah ummat di dalam meneruskan perjuangan Baginda s.a.w.
Antara peristiwa tersebut adalah:
1. Nabi Muhammad s.a.w membawa dagangan Khadijah ke negeri Syam, di sana baginda diberitahu tentang kenabiannya oleh pendita Nasthurah. Ia berlaku pada tahun kelima sebelum pelantikan baginda menjadi nabi.
2. Peristiwa Baiah Al-Aqabah (perjanjian setia Al Aqabah) pada tahun ke-13 selepas pelantikan baginda menjadi nabi. Ia disertai oleh 73 orang lelaki dan 2 orang perempuan dari kaum Aus dan Khazraj.
3. Peperangan As Sawiq pada tahun kedua Hijrah,Nabi s.a.w keluar mengekori kumpulan Abu Sya’ban yang menceroboh dan memerangi penduduk pinggir kota Madinah. Semasa melarikan diri mereka mencampakkan guni-guni gandum yang dibawa bagi mempercepatkan perjalanan supaya tidak dapat diekori oleh baginda.
4. Pada 7 Zulhijjah tahun kelima Hijrah satu kumpulan tentera Islam dihantar ke perkampungan Bani Sulaim yang diketuai oleh Ibnu Abi Al ‘Arjak.
5. Kelahiran Ibrahim putera Nabi s.a.w pada tahun kelapan Hijrah, ibunya bernama Mariyah Al Qibtiyah.
6. Pada tahun ke-10 Hijrah, Nabi s.a.w mengerjakan ibadah Haji yang dikenali dengan Hajjatul Wada’. Di sana baginda menyampaikan amanat-amanatnya yang kesemuanya adalah peraturan dan aturcara kehidupan di dalam Islam.
7. Abu Bakar As Siddiq mengerjakan ibadah Haji bersama umat Islam selepas kewafatan Nabi s.a.w pada tahun 12 Hijrah.
8. Peperangan Dathin yang dipimpin oleh Umamah Al Bahiliy menentang tentera Rom, berakhir dengan kemenangan tentera Islam.
9. Kemenangan tentera Islam yang diketuai oleh Yazid bin Abi Sya’ban menentang tentera Rom yang dikepalai oleh Sarjius di dalam pertempuran Wadi ‘Arabah di Palestin.
10. Pada tahun 23 Hijrah, Khalifah Umar Al Khattab meninggal dunia dibunuh oleh Abu Lu’luah Al Majusi.
11. Pelantikan Uthman bin ‘Affan sebagai khalifah yang dipilih sebulat suara oleh sebuah majlis Syura yang ditubuhkan oleh Umar Al Khattab sebelum kematiannya.
12. Pelantikan Ali bin Abi Talib sebagai khalifah menggantikan Uthman bin Affan pada tahun 35 Hijrah.
13. Kematian Yahya bin Aktham seorang ulama dan panglima tentera Islam pada tahun 242 Hijrah di Rabdah, sebuah kota di pinggir Madinah semasa berusia 82 tahun, pernah menjadi hakim kota Basrah, kadi besar dan penasihat kerajaan.
Melihat tapi mata tidak terbuka, mendengar tapi telinga ditutup rapat, merasa tapi secoet saja, menulis tapi apa-apa saja..=)
Time and Date
Monday, November 15, 2010
Sunday, November 14, 2010
Viability of The Islamic Dinar
Topik Dinar Emas mula diperbualkan selepas Krisis Kewangan yang melanda Malaysia pada tahun 1998. Selepas itu, mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah mencadangkan negara-negara OIC untuk melakukan perdagangan dengan menggunakan Dinar Emas.
Kemudian, kewujudan Dinar Emas telah diperkenalkan secara rasminya dan diperdebatkan di Malaysia pada 19 Ogos, 2002 di satu persidangan antarabangsa bertajuk 2002 International Conference on Stable and Just Monetary System: The Viability of the Islamic Dinar yang dianjurkan Universiti Islam Antarabangsa di PWTC, Kuala Lumpur.
Hasil dari persidangan tersebut, kajian menyeluruh mengenai Dinar Emas telah dibentangkan oleh ramai ahli akademik dan profesional dari jurusan kewangan, ekonomi, syariah dan undang-undang. Kesemua kajian-kajian tersebut telah dikompilasikan dalam satu prosiding bertajuk Proceedings 2002 International Conference on Stable and Just Monetary System: The Viability of the Islamic Dinar.
Pada awal pengenalan Dinar Emas, ramai ahli kewangan dan ekonomi skeptikal tentang kewujudan Dinar Emas dan keupayaannya untuk menggantikan sistem kewangan yang sedia ada, yakni yang berasaskan wang kertas (paper currency). Walaupun demikian, sekumpulan kecil penggiat Dinar tetap meneruskan usaha mereka meyakinkan orang ramai tentang kebaikan Dinar. Alhamdulillah, berkat usaha mereka ini, Dinar semakin diterima dan diyakini terutama apabila tanda-tanda kehancuran ekonomi Amerika Syarikat semakin jelas kelihatan. Kini, apabila keyakinan terhadap matawang Dollar Amerika semakin rapuh, seluruh dunia semakin yakin terhadap Emas. Di sesetengah negara seperti Indonesia, stok emas kehabisan disebabkan para pelabur berpusu-pusu membeli emas (gold rush). Secara tidak langsung, semakin ramai yang berminat menyimpan Dinar Emas disebabkan denominasinya yang kecil berbanding bullion.
Walaupun sudah 6 tahun berlalu dari persidangan pertama Dinar di Malaysia, masih ramai yang tidak jelas tentang kewujudannya. Maka disebabkan itu, banyak kekeliruan timbul dari segi spesifikasinya, mengapa Dinar Emas diperlukan dan bagaimana melaksanakannya. Soalan-soalan lazim seperti -tidakkah berat membawanya, keselamatan menyimpannya, bagaimana untuk mendapatkannya dan bagaimana hendak menggunakannya akan hanya dapat dirungkai oleh sesiapa yang rajin membuat pembacaan dan melibatkan diri secara lansung dalam penggunaan dinar...sekian.
Saturday, November 13, 2010
Myanmar democracy leader Aung San Suu Kyi released
YANGON, Myanmar – Pro-democracy hero Aung San Suu Kyi walked free Saturday after more than seven years under house arrest, welcomed by thousands of cheering supporters outside the decaying lakefront villa that has been her prison.
Her guards effectively announced the end of her detention, pulling back the barbed-wire barriers that sealed off her potholed street and suddenly allowing thousands of expectant supporters to surge toward the house. Many chanted her name as they ran. Some wept.
A few minutes later, with the soldiers and police having evaporated into the Yangon twilight, she climbed atop a stepladder behind the gate as the crowd began singing the national anthem.
"I haven't seen you for a long time," the 65-year-old Nobel Peace Prize Laureate said to laughter, smiling deeply as she held the metal spikes that top the gate. When a supporter handed up a bouquet, she pulled out a flower and wove it into her hair.
Speaking briefly in Burmese, she told the crowd, which quickly swelled to as many as 5,000 people: "If we work in unity, we will achieve our goal."
"We have a lot of things to do," said Suu Kyi, the charismatic and relentlessly outspoken woman who has come to symbolize the struggle for democracy in the isolated and secretive nation once known as Burma. The country has been ruled by the military since 1962.
But while her release thrilled her supporters — and also clearly thrilled her — it came just days after an election that was swept by the ruling junta's proxy political party and decried by Western nations as a sham designed to perpetuate authoritarian control.
Many observers have questioned whether it was timed by the junta to distract the world's attention from the election. It is also unlikely the ruling generals will allow Suu Kyi, who drew huge crowds of supporters during her few periods of freedom, to actively and publicly pursue her goal of bringing democracy to Myanmar.
While welcoming the release, European Commissioner Jose Manuel Barroso urged that no restrictions be placed on her.
"It is now crucial that Aung San Suu Kyi has unrestricted freedom of movement and speech and can participate fully in her country's political process," he said.
Other international leaders also welcomed the end to her detention.
President Barack Obama called Suu Kyi "a hero of mine."
"Whether Aung San Suu Kyi is living in the prison of her house, or the prison of her country, does not change the fact that she, and the political opposition she represents, has been systematically silenced, incarcerated, and deprived of any opportunity to engage in political processes," he said in a statement.
Jared Genser, president of Freedom Now and Suu Kyi's international counsel, also sounded a note of caution.
"The good news is that she can now speak on her behalf," Genser, told The Associated Press in Washington D.C. "But I would caution people in the international community being overly optimistic about the future of the country just yet because we should recall that she's been released three times previously in prior years and nothing fundamentally changed."
While the government had not announced the date of the release, Suu Kyi's lawyer had said the detention would end Saturday. Her supporters began to gather near the house starting Friday.
Their reactions reflected Suu Kyi's widespread popularity.
"She's our country's hero," said Tin Tin Yu, a 20-year-old university student, standing near the house later Saturday night. "Our election was a sham. Everyone knows it, but they have guns so what can we do? She's the only one who can make our country a democracy. I strongly believe it."
Critics say the Nov. 7 elections were manipulated to give the pro-military party a sweeping victory. Results have been released piecemeal and already have given the junta-backed Union Solidarity and Development Party a majority in both houses of Parliament.
The new government is unlikely to win the international legitimacy that it craves simply by releasing Suu Kyi because the recent elections were so obviously skewed, according Trevor Wilson, former Australian ambassador to Myanmar.
What happens next will depend on what kind of restrictions the regime puts on Suu Kyi — and what she says if she is allowed to speak, said Wilson.
"We will have to wait and see. It could be a little bit of a cat-and-mouse game," Wilson said. "The regime may wait for her to make a tactical error and crack down on her again."
Suu Kyi — who was barred from running in the elections — has said she would help probe allegations of voting fraud, according to Nyan Win, who is a spokesman for her party, which was officially disbanded for refusing to register for the polls.
Such actions pose the sort of challenge the military has reacted to in the past by detaining Suu Kyi.
Myanmar's last elections in 1990 were won overwhelmingly by her National League for Democracy, but the military refused to hand over power and instead clamped down on opponents.
Suu Kyi's release gives the junta some ammunition against critics of the election and the government's human rights record, which includes the continued detention of some 2,200 political prisoners and brutal military campaigns against ethnic minorities.
Despite that, it was hard not to see some hope in her release.
"There is no formal opposition (in Myanmar) so her release is going to represent an opportunity to re-energize and reorganize this opposition," said Maung Zarni, an exiled dissident and Myanmar research fellow at the London School of Economics.
But he also said the release was "a tactical move by the regime. It is not out of compassion or as an act of adherence to any legal norms."
The Thailand-based Assistance Association for Political Prisoners, which tracks political detainees in Myanmar, drew attention to continuing abuses.
"In the absence of rule of law, with the lack of an impartial judiciary and with laws that criminalize basic civil and political rights, Daw Aung San Suu Kyi will continue to face the threat of re-arrest," said the group's Joint Secretary, Bo Kyi. "Daw" is a Burmese term of respect for an older woman.
Suu Kyi was convicted last year of violating the terms of her previous detention by briefly sheltering an American man who swam uninvited to her lakeside home, extending a period of continuous detention that began in 2003 after her motorcade was ambushed in northern Myanmar by a government-backed mob.
Suu Kyi, something of an accidental political leader, took up the democracy struggle in 1988.
Having spent much of her life abroad, she returned home to take care of her ailing mother just as mass demonstrations were breaking out against 25 years of military rule. She was quickly thrust into a leadership role, mainly because she was the daughter of Aung San, who led Myanmar to independence from Britain before his assassination by political rivals.
She rode out the military's bloody suppression of street demonstrations to help found the NLD. Her defiance gained her fame and honor, most notably the 1991 Nobel Peace Prize.
Her popularity threatened the country's new military rulers. In 1989, she was detained on trumped-up national security charges and put under house arrest. She was not released until 1995. Out of the last 21 years, she has been jailed or under house arrest for more than 15.
Suu Kyi's freedom had been a key demand of Western nations and groups critical of the military regime's poor human rights record. The military government, seeking to burnish its international image, had responded previously by offering to talk with her, only to later shy away from serious negotiations.
Awaiting her release in neighboring Thailand was the younger of her two sons, Kim Aris, who is seeking the chance to see his mother for the first time in 10 years. Aris lives in Britain and has been repeatedly denied visas.
Her late husband, the British scholar Michael Aris, raised their sons in England. Their eldest son, Alexander Aris, accepted the Nobel Peace Prize on his mother's behalf in 1991 and reportedly lives in the United States.
Michael Aris died of cancer in 1999 at age 53 after having been denied visas to see his wife for the three years before his death. Suu Kyi could have left Myanmar to see her family but decided not to, fearing the junta would not allow her to return.
Tuesday, November 9, 2010
Propaganda – Jangan Jatuh Dalam Perangkapnya!
Politik negara kita ni asyik porak peranda aje kebelakangan ini. Tiap kali buka suratkhabar, macam-macam yang ditulis. Tak henti-henti tuduhan yang dilemparkan oleh ahli-ahli politik kita. Rakyat pun celaru – yang mana benar, yang mana sekadar propaganda saja? Kalau betul, tak apa. Kalau sekadar propaganda saja, mampuslah kita semua – entah-entah ramai yang terpedaya dan betindak melulu kerana tak tahu apa yang benar-benar sedang berlaku.
Jadi amatlah penting untuk kita tapis apa yang kita baca dan dengar. Janganlah terbawa-bawa dengan kata-kata yang merupakan hanya propaganda politik saja. Kita mesti celik propaganda supaya kita tidak tertipu dan diperalatkan ahli-ahli politik. Ini penting untuk kesejahteraan negara, sebab kalau kita bertenang, kita boleh menangani apa jua situasi politik yang timbul dengan tindakan yang betul.
Mari kita tengok bagaimana propaganda mempermainkan fikiran kita supaya ahli politik boleh mengekploitasikan sokongan kita.
Propaganda Tu Apa Bendanya?
Propaganda jauh berbeza dari penyebaran pengetahuan ataupun maklumat. Sebenarnya, propaganda ialah alat untuk mengaut kuasa. Tujuan sebenarnya ialah untuk meyakinkan rakyat bahawa seseorang itu patut diberi kuasa yang diingininya.
Menurut Jospeh Goebbels (orang kanan Hitler semasa pemerintahan Nazi), “…tugas propaganda adalah untuk mengambil idea (yang telah berjaya disebarkan kepada) rakyat dan membolehkannya mengambil alih sebuah negara.” (Dipetik dari ucapannya kepada ahli parti Nazi semasa kem latihan propaganda, 9 January 1928. Kebanyakan dari ucapannya dalam rencana ini dipetik dari ucapan yang sama.)
Contoh unggul propaganda jenis ini boleh dilihat di dalam kerjaya Jospeh Goebbels sendiri. Dalam tahun 1930-an, parti Nazi Jerman berjaya merampas kerajaan pusat kerana kempen propagandanya.Goebbels berjaya menukar imej parti Nazi sebagai sebuah parti perkauman ektremis kepada sebuah parti nasionalis yang memperjuangkan ketuanan kaum majoriti Jerman. Beliau juga berjaya memusnahkan imej musuh politik mereka. Dengan sokongan kuat dari golongan majoriti rakyat, parti Nazi menang besar dalam pilihanraya 1933. Maka mulalah pemerintahan Hitler yang membunuh berjuta-juta rakyat Jerman dan membawa kepada Perang Dunia Ke-2.
Itulah…jangan sokong sembarangan – buruk padahnya nanti! Ingat: celik propaganda.
Apa Kerja Propaganda Ni?
Tujuan propaganda ialah untuk membahagikan masyarakat kepada dua kumpulan – “Kita” dan “Mereka”. Rakyat akan dipengaruh untuk menyertai “Kita” dan menolak “Mereka”. Mereka yang tak mahu memilih pihak pula sekurang-kurangnya mesti menyangka bahawa “Kita” lebih baik dari “Mereka”.
Biasanya berbagai isu lain akan dibangkitkan dengan mendadak juga. Ini untuk mengaburkan mata rakyat supaya mereka tak dapat lihat isu-isu yang sebenar. Propaganda mendadak ini juga direka untuk memaksa rakyat memilih “Kita” tanpa memikir panjang. Jadi kita harus celik propaganda – jangan dipaksa membuat pilihan yang bukan-bukan!
Siapa Menjadi Mangsa Propaganda?
Propaganda tidak akan menyerang rakyat jelata kerana sokongan dari kita inilah yang mereka perlukan. Jadi tujuan propaganda adalah untuk memusnahkan sokongan untuk pihak “Mereka” dan agihkan sokongan ke pihak “Kita” sebaliknya.
Dalam menjual cerita propaganda politik, yang biasa dijadikan penyangak ialah (1) pemerintah, (2) pemimpin, (3) dalang (yang tak akan dikenali), (4) pihak minoriti tertentu. Propaganda yang berkesan akan menyakinkan rakyat dan penyokong “Mereka” yang mereka sebenarnya adalah kawan “Kita” dan mereka telah menjadi mangsa penipuan penyangak itu dan sedang diperalatkan oleh “Mereka”. Oleh itu, penyangak- penyangak “Mereka” ini bukan sahaja musuh “Kita” tetapi juga musuh kepada rakyat dan penyokong “Mereka”.
Kerja ini memang menjijikkan kerana sokongan rakyat dimenangi bukan dengan kebolehan dan kebenaran tetapi dengan mempermain-mainkan fikiran kita. Jadi kita mesti celik propaganda supaya kita tidak diperolok-olokkan oleh ahli-ahli politik yang hanya pentingkan diri sendiri sahaja.
Macam Mana Nak Celik Propaganda?
OK. Sekarang kita lihat apa taktik-taktik propaganda yang biasa digunakan.
1. Memberi gelaran. Taktik ini amat cepat dan mudah. Mulut cakap, telinga dengar – senang saja. Contoh-contoh gelaran propaganda yang diberi adalah – “DAP anti-Islam”, “PAS diperkudakan Cina”, “Anwar pengkhianat”, “UMNO rasis”, “Cina kiasu” dan sebagainya. Walaupun sesetengah gelaran ini memang kesat dan mengguris hati dan ada juga yang terang-terang bohong belaka, itu tidak penting dalam tujuan propaganda.
Menurut Jospeh Goebbels, “Tiada siapa boleh mengatakan yang propaganda anda terlalu kesat atau bertaraf rendah atau kejam, ataupun ia kurang ikhlas, kerana itu bukan kriterianya. Tujuan propaganda bukan untuk menjadi ikhlas atau halus atau lemah atau rendah diri. Tujuannya ialah untuk berjaya.”
Gelaran yang diberi mesti terlekat di dalam minda pendengar, walau betapa kesatnya. Samada orangramai mempercayainya atau tidak, itu boleh dipengaruhi dengan aktiviti fasa kemudian. Inilah yang disarankan oleh Joseph Goebbels, “Tak kira samada mereka suka kami atau benci kami, asalkan mereka kenali kami. Setelah kami mencapai tujuan pertama ini, kita boleh berusaha menukar benci kepada suka, dan suka kepada benci, tetapi jangan sampai mereka tak endah.”
Ini memang taktik kotor kerana berbagai tuduhan dilemparkan untuk memusnahkan musuhtanpa bukti kukuh.
2. Kenyataan Am Berseri-seri. Taktik ini banyak persamaan dengan taktik Memberi Gelaran. Tapi dalam Kenyataan Am Berseri-seri, pihak “Kita” akan dilabelkan dengan positif. Label ini pula tak perlu benar atau jelas. Yang perlu hanya selalu menggunakannya supaya label positif ini dikembarkan dengan pihak “Kita”.
Kalau label itu berdasarkan fakta atau penjelasan tertentu, ia akan ditolak oleh mereka yang tidak bersetuju dengannya. Oleh itu, Kenyataan Am Berseri-seri tak akan dijelaskan supaya pendengar boleh membuat andaian sendiri apa maksudnya. Bila ini berlaku, label ini boleh diterima oleh sebanyak rakyat yang mungkin.
Contoh-contoh Kenyataan Am Berseri-seri adalah “1Malaysia”, “UMNO mempertahankan Raja-raja Melayu”, “Pakatan Rakyat perjuangkan Ketuanan Rakyat”, dan sebagainya.
3. Agihan. Taktik ini akan meminjam prestij, pengaruh atau kemuliaan dari satu pihak dan agihkan kepada pihak “Kita”. Taktik ini sengaja mengabaikan fakta-fakta dan penjelasan. Tujuannya ialah untuk naikkan semangat rakyat dan “meminjam” sokongan untuk tokoh itu untuk kepentingan “Kita” sendiri. Keagamaan juga digunakan, di mana tokoh-tokoh agama atau kerja-kerja keagamaan akan digunakan untuk menaikkan kredibiliti “Kita”.
Taktik “Agihan” boleh digunakan untuk menentang pihak lawan juga. Dengan mengaitkan pihak lawan dengan benda-benda yang negatif, imej “Mereka” bolah dimusnahkan. Contohnya ialah “DAP komunis”, “PAS diperkudakan Cina”, “UMNO rasis” dan sebagainya. Contoh-contoh lain penggunaan taktik agihan adalah mengibarkan bendera-bendera, mengadakan himpunan besar-besaran, pengesahan dari agensi-agensi kerajaan, serta sumpah-menyumpah di masjid,
4. Mangsa. Satu lagi taktik propaganda ialah untuk menggunakan “mangsa”.Isu “mangsa” ini akan diapi-apikan sehingga rakyat menuntut keadilan untuknya. “Mereka” akan dicabar untuk mempertikaikan samada “mangsa” itu mempunyai hak menerima keadilan. Taktik “mangsa” ini amat berkesan kerana orangramai akan dibuai emosi dan akan kurang rasional dalam isu-isu sebegini.
“Mangsa” ini tidak perlu berbentuk seorang manusia – mangsa ini juga boleh berbentuk institusi, agama, kumpulan, pertubuhan, konsep atau sebagainya. Apa yang penting adalah SIFAT kemangsaannya yang boleh dijadikan modal politik. Contoh-contoh “kemangsaan” di dalam politik negara ialah “Melayu hilang kuasa”, “MACC dikecam ahli politik”, “Pembangkang menjadi sasaran kerajaan” dan sebagainya.
5. Kesaksian.Taktik ini menggunakan orang ternama untuk menyokong “Kita”. Tujuannya ialah untuk mengagihkan kekuatan imej positifnya kepada pihak “Kita”. Kita pernah lihat artis-artis terkemuka dan tokoh-tokoh negara digunakan untuk berkempen dalam pilihanraya, kan? Orang yang berpelajaran tinggi juga digunakan. Mereka ini akan kerap menggunakan kata-kata teknikal atau keagamaan yang sengaja dipilih kerana ia TIDAK akan difahami oleh pendengar. Ini akan mengagumi pendengarnya dan mereka akan lebih percayakan kepakarannya. Contohnya ialah isu Ridhuan Tee mencaci keluarga Teoh Beng Hock baru-baru ini.
Katak pun boleh digunakan. Ahli-ahli politik yang berpaling tadah akan diperagakan dan diberi peluang luas untuk memburuk-burukkan parti lamanya. Ramai sangat katak di Malaysia, tak payahlah namakan semuanya. Kita sendiri pun tahu, kan?
6. Kelab.Tema taktik ini ialah – “semua orang berfikiran begitu, awak masih nak pertikaikan ke?” Kebanyakan orang lebih suka memihak majoriti kerana (1) majoritilah yang memegang kuasa politik, dan (2) kebanyakan orang ingin berkompromi dan bukannya melawan arus. Berbagai-bagai aktiviti akan diadakan untuk membuktikan penerimaan idea “Kita” seperti himpunan besar-besaran, siaran temuduga dengan orang ramai, sokongan media dan sebagainya.
Strategi ini juga boleh digunakan dengan sebaliknya – menghina pihak minoriti supaya rakyat akan kekal bersama pihak majoriti.
Sekarang Dah Celik. Lepas Ni Macam Mana?
Kita tak boleh lari dari propaganda politik selagi wujudnya orang yang ingin berkuasa. Jadi, kita mesti bijaklah menilai mesej-mesej yang diterima. Ingat, tujuan propaganda untuk mengaut sokongan dari rakyat dan penyokong “Mereka”, ataupun menyebabkannya menerima “Kita”, membelot “Mereka”, putus asa atau apa-apa saja tindakan yang menguntungkan “Kita”.
Jadi kita mesti celik propaganda. Selalu bertenang dan pandai-pandailah bezakan yang mana propaganda dan yang mana maklumat sebenar. Dengan ini, kita boleh elak diri dari dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu serta mampu membuat pilihan yang tepat.
Monday, November 8, 2010
Friday, November 5, 2010
"DUIT adalah segalanya"
Orang kata DUIT adalah SEGALANYA… Tanpa duit macam mana nak hidup?
Dengan kata lain, Segalanya memerlukan DUIT... Adakah ianya Benar?? (penulis: SETUJU!!!)
Ada jugak Orang kata DUIT bukanlah segala-galanya. DUIT bukan alat untuk mencapai kebahagian. Betul?? (penulis: TAK SETUJU!!!)
Dalam dunia hari ini kalau tak ada DUIT mana boleh hidup......
kalau tak ada DUIT mana boleh sekolah tinggi2…
kalau tak ada DUIT mana boleh maju.....
dan lain2 lagi.....
Kalau saya cakap BETUL…setuju tak??? Tolonglah setuju..
Sebelum saya mulakan hujah2 saya, ingin saya mendefinasikan dahulu maksud DUIT di sini..
D = Doa
U = Usaha
I = Ikhlas
T = Tawakal
Dengan penuh keyakinan, saya rasa semua orang yang faham definasi di atas akan bersetuju bahawa DUIT adalah segalanya…tanpa DUIT hidup kita tak akan ke mana...tanpa DUIT kita tak akan pernah dapat majukan diri…tanpa DUIT memang tak akan dapat sekolah tinggi2...tanpa DUIT jugak kebahagiaan hidup tak akan pernah dicapai… =)
Note: This article is specially dedicated to those who is going to sit for the exam soon!!! (Uni. Students and adik2 form5).
Dengan kata lain, Segalanya memerlukan DUIT... Adakah ianya Benar?? (penulis: SETUJU!!!)
Ada jugak Orang kata DUIT bukanlah segala-galanya. DUIT bukan alat untuk mencapai kebahagian. Betul?? (penulis: TAK SETUJU!!!)
Dalam dunia hari ini kalau tak ada DUIT mana boleh hidup......
kalau tak ada DUIT mana boleh sekolah tinggi2…
kalau tak ada DUIT mana boleh maju.....
dan lain2 lagi.....
Kalau saya cakap BETUL…setuju tak??? Tolonglah setuju..
Sebelum saya mulakan hujah2 saya, ingin saya mendefinasikan dahulu maksud DUIT di sini..
D = Doa
U = Usaha
I = Ikhlas
T = Tawakal
Dengan penuh keyakinan, saya rasa semua orang yang faham definasi di atas akan bersetuju bahawa DUIT adalah segalanya…tanpa DUIT hidup kita tak akan ke mana...tanpa DUIT kita tak akan pernah dapat majukan diri…tanpa DUIT memang tak akan dapat sekolah tinggi2...tanpa DUIT jugak kebahagiaan hidup tak akan pernah dicapai… =)
Note: This article is specially dedicated to those who is going to sit for the exam soon!!! (Uni. Students and adik2 form5).
Subscribe to:
Posts (Atom)