Time and Date

Saturday, April 4, 2009

KENAPA YAHUDI MEMUSUHI HAMAS.

Yahudi adalah bangsa yang sangat dibenci dan dilaknat oleh Allah SWT lantaran kebiadaban dan keceluparan mereka terhadap Allah Tuhan mereka,para anbia apatah lagi golongan ulama yang mewarisi tugas para mursalin terdahulu.

Bangsa yahudi yg banyak terdapat di Israel iaitu sebuah Negara haram terletak bersebelahan dengan Negara Palestin yg memiliki pejuang-pejuang Islam di kalangan Hamas.

Perbincangan kali ini tertumpu kepada isu Hamas dan yahudi. Mengapa dan mengapa Israel-yahudi serta Amerika sangat memusuhi Hamas? Pejuang Hamas ramai tinggal di Gaza.

Mengapa mereka tidak memusuhi Fatah dan Barisan Pembebasan Palestin(PLO)? Aktivis Fatah ramai tinggal di Tebing Barat.

Jawapan spontan…ini kerana Hamas pimpinan Ismail Hanieya berjuang atas dasar dan nama Islam.

Manakala PLO dan Fatah pimpinan Mahmud Abbas berjuang atas dasar dan nama perkauman Arab.

Penubuhan gerakan pembebasan di bumi Palestin pada awalnya adalah Fatah pada 1959,PLO pada 1964 manakalah Hamas pada 1987.

PLO termasuk kumpulan Fatah berjuang di atas dasar kebangsaan Arab dan bertujuan membentuk Negara sekular Palestin. Pertubuhan ini diiktiraf oleh Israel hanya selepas tercetusnya intifada(1987). PLO semakin hari semakin lemah dan ditekan untuk berdamai dengan Israel.

Lebih buruk lagi apabila PLO di bawah pimpinan Yasser Arafat menjual maruah perjuangan dan bumi Palestin dengan termetrainya perjanjian Oslo(Gaza-Jerico) pada 13 Disember 1993 di Washington dengan kerajaan Israel pimpinan Yitzhak Rabin.

Kebangkitan umat islam terus memuncak setelah intifada yang pertama pada 1987 manakala intifada yang ke-2 pada tahun 2002. Ramai pemimpin Hamas yg mati syahid termasuklah as-Syahid Syeikh Ahmad Yaasin dan as-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi.

Hamas menang pilihan raya

Dengan takdir Allah yg Maha Kuasa, Hamas telah membuat kejutan pada pilihan raya umum tanggal 25 Jan 2006 dengan menguasai 60% daripada kerusi dipertandingkan. Maka kecundanglah parti Fatah pimpinan Mahmud Abbas.

Kemenangan Hamas menggusarkan Israel kerana pilihan raya itu disahkan adil dan bebas oleh pemerhati bebas yg diketuai oleh mantan Presiden Amerika Syarikat, Jimmy Carter.

Dengan peratusan rakyat keluar mengundi adalah tinggi , bermakna majoriti rakyat Palestin menyokong polisi Hamas yg tidak mahu mengiktiraf Israel dan menolak perjanjian damai yg berat sebelah.

Kerajaan Islam Hamas terus mendapat tekanan bukan sahaja oleh pihak berkuasa Israel dan Amerika tetapi juga pemimpin Palestin sekular .

Merek bertindak menghalang bantuan makanan,ubatan dan wang daripada masuk ke Palestin.

Rejim Israel dan Amerika menuntut Hamas melucutkan senjata , mengiktiraf Israel dan menghormati semua perjanjian yang ditandatangani antara pihak berkuasa Palestin sebelum ini dengan Israel.

Sikap dan pendirian Hamas.

Hamas menolak semua tuntutan tetapi menuntut gencatan senjata serta perbincangan semula diadakan mengenai persoalan kedudukan Baitulmaqdis, nasib lima juta pelarian Palestin dan penempatan haram yahudi di wilayah Palestin dan pengunduran yahudi kepada kedudukan sebelum perang 1967(Resolusi PBB 242 dan 338)

Antara sebab Hamas tidak diiktiraf oleh Negara haram Israel kerana gagal memperaku penubuhan Negara haram Israel di atas bumi Palestin.

Hamas juga diminta untuk menghalalkan semua jenayah keji /kemanusiaan yang telah dilakukan ke atas rakyat Palestin dan merestui hasrat yahudi untuk mengambil alih Baitulmaqdis dan meruntuhkan Masjid Aqsa.

Hamas terus dimusuhi kerana perjuangannya melalui seruan jihad,Tidak mengiktiraf Israel dan disokong oleh majoriti penduduk Palestin yang amat menggerunkan Israel.

Hasrat untuk untuk menghancurkan kerajaan Hamas melalui perang saudara dengan Fatah masih belum menjadi kenyataan.

Begitu juga hasratnya utk menghancurkan kerajaan Hamas melalui perang saudara dengan Fatah masih belum menjadi kenyataan.

Bergitu juga hasratnya utk menghancurkan kerajaan Hamas melalui sekatan ekonomi masih belum tercapai.

Semoga Allah member kekuatan kepada sahabat-sahabat pejuang Hamas dan mengurniakan kemenangan kepada mereka.

No comments:

Post a Comment