Melihat tapi mata tidak terbuka, mendengar tapi telinga ditutup rapat, merasa tapi secoet saja, menulis tapi apa-apa saja..=)
Time and Date
Sunday, January 24, 2010
Mengartiskan Ulama,Mengulamakan Artis.
Aku terpanggi untuk menulis satu artikel yang agak menarik berkaitan dengan usaha membawa masyarakat ke arah yang lebih baik.Modal insan yang seharusnya digilap dilihat seolah-olah malap apabila banyaknya program yang dicipta tidak membawa erti sebenar.Seharusnya kemajuan kita kecapi berjalan seiringan dengan nilai yang dituntut. Ketika pengertian Manhaj Malizie didengungkan dalam bangkel, seminar Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM) suatu ketika dahulu, dalam tempoh itu juga kedengaran seruan ke arah mengintelektualkan ulama dan mengulamakan intelektual.Proses itu berjalan lancar,kekal dengan ramuan tradisi keilmuan yang ranum sehinggalah mewujudkan kalangan agamawan yang fasih dengan fahaman barat dan kelompok ilmuan universiti yang mampu menghadam kitab-kitab yang selama ini ditekuni di pondok-pondok.
Kalimat "mengulamakan artis dan mengartiskan ulama' bukanlah suatu seruan agar agamawan itu terjun ke pentas dunia lakonan semuanya.Mereka mungkin boleh menjadi pengarah,sutradara kepada sesebuah karya, menulis skrip filem dan drama, mengarang babak dan episod dan menyusun adegan demi adegan.Zaman-zaman mengkritik lakonan lelaki menrangkul wanita atas nama mereka itu suami isteri mungkinkah akan berakhir? kritik ini sudah lama kedengaran.Alasan yang kita kerap didengar adalah "sudah begitu kehendak pengarah".
Novelis, sutradara Habiburrahman El-Shizary yang mesra dikenali sebagai Kang Abik turut mengeluh hal yang sama apabila karya beliau Ayat-Ayat Cinta diangkat sebagai filem."ada benyak adegan dipotong dan ada pula yang ditokok tambah," katanya ketika mengulas. Kesinambungan daripada kekesalan itu, beliau bersama karyawan lain telah mengadakan program realiti TV untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam menjiwai perann dalam filemnya yang kedua.Akhirnya, beberapa pelakon baru yang mirip kepada watak yang dinukilkan di dalam novel itu telah berjaya ditemui.Lalu,proses pembikinan filem pun bermula dengan beliau sendiri mengarahkannya dan turut berlakon di dalam karya beliau itu. Sama ada Kang Abik boleh diangkat sebagai model kepada seruan 'mengulamakan artis dan mengartiskan ulama', hal itu boleh lagi dibahaskan kemudian.
Sebagai termaklum,dakwah wali Songo di Tanah Jawa bermula dengan seni persembahan wauang kulit . Di Tanah Melayu, ketika zaman Tok Kenali sedang berjuang di medan penulisan lewat majalah Pengasoh, seorang tokoh ulama lain,Tok Selehong dikatakan gemar pada bunyi-bunyian. Pada zaman pergolakan antara Kaum muda dan Kaum tua itu, Tok Selehong turut ditegur kerana menjadikan bunyi-bunyian sebagai alat beliau berdamping dengan rakyat sambil berdakwah. Tok Kenali berdiam diri ke atas sikap sahabtnya apabila ada rungutan orang ramai terhadap hal tersebut. Mungkinkah antara kedua-dua tokoh ini sudah terjalin persefahaman lalu mereka berjuang mengikut kaedah masing-masing? Apa yang penting, sikap berdiam diri Tok Kenali ke atas peribadi Tok Selehong itu membuktikan bahawa tidak menjadi masalah besar bagi seseorang ilmuan agama untuk berdampingan dengan alat-alat hiburan. Apatah lagi, jika hal itu ada kaitan dengan maslahat membawa agama ke dalanm jiwa masyarakatnya.Hal yang sama juga dapat diperhatikan apabila mantan mufti Perlis,Dr Asri semasa masih dalam jawatannya sebagai Mufti pernah menulis lirik lagu untuk sebuah kumpulan hiburan.Akibat momentum yang tidak begitu kuat yang ditonjolkan oleh kumpulan hiburan tersebut,maka mesej dakwah yang sepatutnya disebarkan tersekat begitu sahaja.
Apakah boleh diusahakan supaya pelajar jurusan agama didedahkan dengan kursus penulisan skrip drama,filem,radio,pengacara, dan sebagainya yang ada kaitan dengan pengajian sekarang?Apabila semakin ramai dan bertambahnya pelajar aliran agama dalam bidang ini, barangkali pada suatu ketika nanti akan lahir bermacam juga persoalan yang boleh dikaitkan melalui karya-karya filem,drama arahan mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment