Time and Date

Thursday, March 11, 2010

IKAN


pok cik din bersama ikan kesayangan beliau.

ni alat untuk mengukur kualiti air
ikan kelisa..red tail arowana.

salam to all...
sejak dua menjak ni,aku dok sibuk pasal akuakultur. al maklum lah, benda hidup nie kalau tak sibuk dgn dia mampoih atau terbantut la jawabnya.ikan kelisa aku dah tak bernyawa sbb tu la kot...tak jaga betoi2. sibuk jugak aku dok cari potensi spesis terbaik kot2 nanti ke depan nk set up aqua farm sendiri.

kalau kira beberapa faktor yg ada skrg nie aku dok nampak ikan keli(Clarias sp.) antara yang berpotensi..sbb senang ternak n pasaran. kalu kat Malaysia nie antara spesis yg byk di ternak keli kayu(Clarias batrachus), keli bunga (Clarias gariepinus) dan kacukan leli eksotika dgn keli kayu.

ikan keli punya kadar hidup tinggi iaitu 80%. Makanan pulak pelbagai mcm ikan baja dgn dedak padi dan makanan rumusan. kalau betoi2 jaga 3-4 bulan dah cukup utk keli tu mencapai saiz 25cm - 30 cm panjang atau berat 150g-200g seekor.

ikan keli punya senang nak ternak, dalam kanvas pon boleh. belakang rumah la biasa org dok buat sebagai hobi. kaedah mcm nie mesra alam dan menghasilkan ikan yang berkhasiat tanpa masalah bau lumpur( off flavour).

banyak benda yang nak cerita,sbb esok aku nak pi seminar kat primula resort jadinya tak leh nak mengadap lama2. last sekali aku ada beberapa tips utk menyiang dan membersihkan ikan air tawar.
1.taburkan garam kasar ke dalam bekas ikan yang hendak disiang. dengan cara ini ikan keli senang di siang.
2.lumurkan campuran asam jawa/gelugor dengan sedikit garam pada ikan yang telah disiang dan dibiarkan beberapa minit sebelum dicuci dengan air bersih untuk menghilangkan bau hanyir.
3.sapukan garam pada ikan yang telah disiang dan cuci dengan limau kasturi atau limau nipis. biarkan selama 10 minit dan bersihkan dengan air biasa.
4. cuka dan campuran air beras bersama ramasan daun limau purut atau daun kesum juga boleh digunakan untuk menghilangkan hanyir ikan dengan menggunakan kaedah yang sama.
5. ikan yang bersesungut tidak elok dibuang bahagian mulut dan sesungutnya kerana ia akan mengeluarkan lendir yang banyak!

sekian, wslm.

1 comment:

  1. Pelbagai info2 menarik berkaitan ikan keli....
    http://kelipenang-aquamutiara.blogspot.com/

    ReplyDelete