Melihat tapi mata tidak terbuka, mendengar tapi telinga ditutup rapat, merasa tapi secoet saja, menulis tapi apa-apa saja..=)
Time and Date
Saturday, September 4, 2010
Akhir Ramadhan
salam
pagi2 dah mengadap benda yg meralipkan aku..masa posa rasa sgt sekejap bila dah menerjah masuk ke alam maya. clik sana clik sini..tup tup dah sejam.....masa.
Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh,dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
di hujung ramadhan terasa tak sabar nak beraya...tapi bila fikir balik, teringat cerita orang alim bila dah sampai ke penghujung ramadhan....mrk menangis,byk solat sunat,baca quran,infak,dakwah...dan macam2 lg. bila org yg mcm kita ni...haih...
aku biasa berkampung di Selatan Kedah bila dekat hari lebaran. start 1 sept lg dah sampai. ziarah sambil membantu melancarkan pelbagai perkara. Alhamdulillah, syukur aku masih punyai sedara mara dan mereka terbaik! (Tan Sri Ismail Omar sedara jugak ,tahniah baru naik).
Sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan adalah saat-saat kritikal dan cukup penting. LailatulQadar sangat dinanti oleh sebuah hati yang sudah dibersihkan sepanjang dua puluh hari Ramadhan.
Ujiannya juga cukup kuat. Moodnya bukan lagi mood Ramadhan, tetapi mood Hari Raya. Nasyidnya bukan lagi tentang Ramadhan tetapi lagu Hari Raya. Persiapannya bukan untuk LailatulQadar tetapi untuk satu Syawal. Namun, bagi seorang mukmin yang telah melalui proses pembersihan dan penyucian jiwa, ia tahu yang mana patut didahulukan. Ia insaf yang mana mesti dibesarkan. Ia sedar yang mana mesti direbut dengan sebenar.
‘Selamat Meneruskan Puasa Ramadhan dan Salam Eid al-Fitr’
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment