Time and Date

Friday, February 27, 2009

Kehidupan Seseorang di Dunia Seperti Petani Yang Sedang Bercucuk Tanam

Di antara pelajaran yang kita boleh di ambil dari pertanian adalah bahwa kehidupan dunia adalah seperti halnya ladang pertanian. Semua orang yang sedang menjalani kehidupan di dunia ini pada hakikatnya sedang menanam,iaitu menanam amal kebaikan dan ketaatan kepada Allah subhanahu wa ta’ala. Dan sesungguhnya waktu penilaian amalnya itu akan dilakukan pada hari kiamat iaitu pada hari perhitungan amal. Maka tak salah sebagian orang mengatakan bahwa kehidupan dunia adalah ladang amal.
Allah menyebutkan dalam Al-Quran tentang orang-orang yang sedang menanam amal kebaikan itu ada yang boleh mengingatnya dan ada yang tidak boleh mengingatnya. Allah subhanahu wa ta’ala menjelaskankannya dengan memisalkan dengan pertanian sebagaimana akan disebutkan berikut ini.

Yang pertama adalah orang yang boleh meingat amalnya itu di akhirat, siapakah mereka?, Allah subhanahu wa ta’ala berfirman dalam Al-Quran:

“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada setiap bulir: seratus biji, Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia)-Nya) lagi Maha mengetahui.” (QS. Al-Baqarah: 261).
Ayat ini berbicara tentang amal seorang muslim akan dilipat gandakan dari sepuluh kali lipat sampai tujuh ratus kali lipat bahkan boleh lebih dari itu. Menjadi seorang muslim adalah suatu keberuntungan kerana amalnya akan dilipat gandakan. Dan amal-amal kebaikan yang dilakukan seorang muslim akan dilipat gandakan sesuai dengan jenis amal maupun tingkat keikhlasannya.

Berkata Ibnu Katsir rohimahullohdalam tafsirnya, “Ini merupakan perumpamaan yang diberikan Allah subhanahu wa ta’ala mengenai pelipat gandaan pahala bagi orang-orang yang menafkahkan harta kekayaannya di jalan-Nya dengan tujuan untuk mencari keridhaan Allah subhanahu wa ta’ala. dan bahwasanya kebaikan itu dilipat gandakan mulai dari sepuluh sampai tujuh ratus kali lipat. Di mana Dia berfirman, “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah.” Sa’id bin Jubair mengatakan, ‘Iaitu dalam rangka menaati Allah subhanahu wa ta’ala.

Perumpamaan ini lebih menyentuh jiwa daripada penyebutan bilangan 700 kali lipat, kerana perumpamaan tersebut mengandung makna bahwa pahala amal shalih itu dikembangkan Allah subhanahu wa ta’ala bagi para pelakunya, sebagaimana tumbuh-tumbuhan, tumbuh subur bagi orang yang menanamnya di tanah yang subur.

Dan firman-Nya disini, ‘Allah melipat gandakan (pahala) bagi siapa yang dikehendaki’ maksudnya sesuai dengan keikhlasan orang itu beramal. ‘Dan Allah maha luas (karunia-Nya) lagi maha Mengetahui’ maksudnya, karunia Allah subhanahu wa ta’ala itu sangat luas dan sangat banyak bahkan lebih banyak dari mahluk-Nya dan Dia Maha Mengetahui terhadap siapa-siapa yang tidak berhak dan siapa-siapa yang berhak mendapatkannya. Maha Suci Allah, Maha Suci Dia dan segala puji bagi-Nya.

Perhatikanlah, misalnya dalam pertanian, seorang akan menanam padi, dia misalkan menabur sebutir benih padi, kemudian benih itu berkecambah dan tumbuh menjadi tanaman padi yang muda. Dalam pertumbuhannya tanaman padi itu beranak pinak kerana suburnya sehingga menjadi tujuh batang tanaman padi. Pada pertumbuhan selanjutnya tanaman padi itu berbunga dan mengeluarkan tujuh bulir (tangkai) dan dalam satu bulir tersebut terdapat seratus bunga, kemudian bunga-bunga padi itu dibuahi dan menjadi biji padi yang baik. Begitulah petani itu mendapat 700 biji padi dari sebutir benih padi. Demikian juga seorang muslim bila melakukan amal shalih maka dia akan meingat bolehsampai 700 ganjaran di akhirat kelak. Ini adalah hal yang sangat menguntungkan maka hendaknya sebagai seorang muslim kita bersemangat menanam amal ketaatan dan amal ibadah kepada Allah subhanahu wa ta’ala kerana hasil yang akan kita tuai akan melimpah ruah dam berlipat ganda.

Sementara orang-orang yang tidak boleh meingat amalnya, Mereka adalah orang kafir (non-muslim), mereka tidak bolehmeingat amal-amal kebaikan mereka di akhirat kelak. Kerana amal-amal mereka rusak sebagaimana tanaman-tanaman yang rusak. Mengapa amal kebaikan mereka rusak, jelas kerana mereka kafir terhadap Allah subhanahu wa ta’ala, mereka tidak mentauhidkan Allah subhanahu wa ta’ala, dan juga mereka beramal tidak sesuai dengan petunjuk Rosululloh shollAllahu ‘alaihi wa sallam. Segala jerih payah mereka tidak berharga, sia-sia seperti halnya tanaman yang telah rusak maka tidak bolehdituai hasilnya, padahal mereka sangat membutuhkan hasil tuainya pada hari itu. Iaitu pada hari perhitungan amal, mereka adalah orang-orang yang merugi.
Allah subhanahu wa ta’ala mengabarkan tentang amal-amal orang kafir dengan firman-Nya:

“Perumpamaan harta yang mereka nafkahkan di dalam kehidupan dunia ini, adalah seperti perumpamaan angin yang mengandung hawa yang sangat dingin, yang menimpa tanaman kaum yang menganiaya diri sendiri, lalu angin itu merusaknya. Allah tidak menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.” (QS. Ali Imran : 117)

Ibnu Katsir menjelaskan dalam tafsirnya, “Kemudian Allah subhanahu wa ta’ala memberikan perumpamaan bagi apa yang dibelanjakan oleh orang kafir di kehidupan dunia ini. Demikian dikatakan oleh Mujahid, Hasan Al Bashri dan As Suddi, Allah subhanahu wa ta’ala berfirman, ‘Perumpamaan bagi apa yang dibelanjakan orang kafir di dalam kehidupan dunia ini adalah seperti angin yang mengandung hawa yang sangat dingin.’ Yakni angin yang disertai hawa yang sangat dingin sekali. Demikian juga dikatakan oleh Ibnu ‘Abbas, Ikrimah, Sa’id bin Jubair, Qatadah, Adh Dhahhak, Rabi’ bin Anas dan yang lainnya.

Kemudian Ibnu Katsir rohimahullohmelanjutkan, ‘Yang menimpa tanaman kaum yang menganiaya diri sendiri, lalu angin itu merusaknya.’ Maksudnya, angin tersebut dapat memusnahkan jika menimpa tanaman yang sudah sa’atnya dituai. Angin itu memporak-porandakan dan memusnahkan buah-buahhan dan tanaman yang ada di dalamnya, padahal si pemiliknya justru sangat membutuhkan hasil tuainnya.

Demikian juga dengan orang kafir, Allah subhanahu wa ta’ala akan menghapus pahala dan buah semua amalnya selama di dunia, sebagaimana musnahnya tanaman itu akibat dosa-dosa para pemiliknya. Dan orang-orang kafir membangun amal mereka itu tanpa ada pondasi, tidak pula ada asasnya. ‘Dan Allah tidak menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri.’
Dari dua ayat diatas terdapat penjelasan bahwasanya beruntunglah seorang yang memeluk agama islam kerana dia akan bolehmeingat amalnya di akhirat dan merugilah orang-orang selain umat islam kerana amal mereka tidak bolehdituai. Padahal pada saat itu-hari kiamat- sangat diperlukan hasil tuai iaitu amal-amal shalih, yang merupakan modal untuk mendapatkan rahmat Allah subhanahu wa ta’ala sehingga bolehselamat dari siksa neraka dan masuk kedalam surga. Ya Allah! Jadikanlah kami orang-orang yang bolehmeingat amal-amal kami, dan matikanlah kami dalam keadaan sebagai seorang muslim.

Monday, February 23, 2009

Musab bin Umair

Musab bin Umair adalah sahabat Rasulullah yang sangat terkenal dan menjadi teladan kepada umat Islam sepanjang zaman. Sebelum memeluk Islam lagi Musab terkenal sebagai orang yang berperawakan lemah lembut, suka berpakaian kemas, mahal dan indah. Malah dia selalu berlawan dengan kawan-kawannya untuk berpakaian sedemikian. Keadaan dirinya yang mewah dan rupanya yang kacak menyebabkan Musab menjadi kegilaan gadis di Makkah. Mereka sentiasa berangan-angan untuk menjadi isterinya.

Musab sebenarnya adalah anak yang paling disayangi ibunya berbanding adik beradiknya yang lain. Apa sahaja permintaannya tidak pernah ditolak. Oleh itu tidaklah menghairankan apabila ibunya begitu marah selepas mendapat tahu Musab telah menganut Islam.

Ibu dan ayahnya telah mengurung dan menyeksa Musab selama beberapa hari dengan harapan dia akan meninggalkan Islam. Bagaimanapun tindakan itu tidak sedikit pun melemahkan keyakinannya. Pujukan dan ancaman ibunya tidak berkesan. Mereka sudah habis ikhtiar lalu membebaskannya buat sementara.

Tindakan ibunya tidak sedikit pun menimbulkan rasa takut pada Musab, sebaliknya dia tidak jemu-jemu memujuk ibunya memeluk Islam kerana kasih pada ibunya. Musab membuat pelbagai ikhtiar tetapi semua tindakannya hanya menambahkan lagi kemarahan dan kebencian ibunya.

Pada suatu hari Musab melihat ibunya dalam keadaan pucat lesi. Dia pun bertanyakan sebabnya. Kata ibunya, dia telah berniat di hadapan berhala bahawa dia tidak akan makan dan minum sehingga Musab meninggalkan Islamnya.

Cuba bayangkan bagaimana jika anda berada di tempat Musab ketika itu, berhadapan dengan ibu yang hanya hampir tinggal nyawa ikan? Apakah jawapan anda? Tergamakkah anda membiarkannya terlantar begitu? Atau apakah ada jawapan lain yang lebih menggembirakan? Dengarlah jawapan Musab kepada ibunya:
Andaikata ibu mempunyai seratus nyawa sekalipun, dan nyawa ibu keluar satu demi satu, nescaya saya tetap tidak akan meninggalkan Islam sama sekali.

Apa lagi lemahlah siibu mendengar jawapan si anak. Dengan jawapan tersebut juga, Musab dihalau daripada rumah ibunya. Tinggallah Musab bersama-sama Rasulullah dan sahabat-sahabat yang sangat daif ketika itu.

Untuk meneruskan kehidupannya, Musab berusaha sendiri bekerja mencari nafkah dengan menjual kayu api. Apabila sampai berita ini kepada ibunya, dia merasa amat marah dan malu kerana kebangsawanannya telah dicemari oleh sikap Musab. Adik-beradik Musab juga sering menemui dan memujuknya supaya kembali menyembah berhala. Tetapi Musab tetap mempertahankan keimanannya.

Sewaktu ancaman dan seksaan kaum Quraisy ke atas kaum Muslim menjadi-jadi, Rasulullah telah mengarahkan supaya sebahagian sahabat berhijrah ke Habysah. Musab turut bersama-sama rombongan tersebut. Sekembalinya dari Habsyah, keadaan beliau semakin berubah. Kurus kering dan berpakaian compang-camping. Keadaan itu menimbulkan rasa sedih di dalam hati Rasulullah. Kata-kata Rasulullah mengenai Musab sering disebut-sebut oleh sahabat:

Segala puji bagi bagi Allah yang telah menukar dunia dengan penduduknya. Sesungguhnya dahulu saya melihat Musab seorang pemuda yang hidup mewah di tengah-tengah ayah bondanya yang kaya raya. Kemudian dia meninggalkan itu semua kerana cinta kepada Allah dan Rasul-Nya.

Apabila ibu Musab mendapat tahu mengenai kepulangannya, dia memujuk anaknya supaya kembali kepada berhala. Dia mengutuskan adik Musab yang bernama al-Rum untuk memujuknya. Namun Musab tetap dengan pendiriannya. Bagaimanapun tanpa pengetahuan ibunya, al-Rum juga sudah memeluk Islam tetapi dia merahsiakannya.
Sewaktu berlaku peperangan Uhud, Musab ditugaskan memegang panji-panji Islam. Peringkat kedua peperangan telah menyebabkan kekalahan di pihak tentera Muslimin. Tetapi Musab tetap tidak berganjak dari tempatnya dan menyeru: Muhammad adalah Rasul, dan sebelumnya telah banyak diutuskan rasul.

Ketika itu, seorang tentera berkuda Quraisy, Ibn Qamiah menyerbu ke arah Musab dan melibas tangan kanannya yang memegang panji-panji Islam. Musab menyambut panji-panji itu dan memegang dengan tangan kirinya sambil mengulang-ulang laungan tadi. Laungan itu menyebabkan Ibn Qamiah bertambah marah dan menetak tangan kirinya pula. Musab terus menyambut dan memeluk panji-panji itu dengan kedua-dua lengannya yang kudung. Akhirnya Ibn Qamiah menikamnya dengan tombak. Maka gugurlah Musab sebagai syuhada' Uhud.

Abu al-Rum, Amir ibn Rabiah dan Suwaibit ibn Sad telah berusaha mendapatkan panji-panji tersebut daripada jatuh ke bumi. Abu Rum telah berjaya merebutnya dan menyaksikan sendiri syahidnya Musab. Abu Rum tidak dapat lagi menahan kesedihan melihat kesyahidan abangnya. Tangisannya memenuhi sekitar bukit Uhud. Ketika hendak dikafankan, tidak ada kain yang mencukupi untuk menutup mayat Musab. Keadaan itu menyebabkan Rasulullah tidak dapat menahan kesedihan hingga bercucuran air matanya. Keadaannya digambarkan dengan kata-kata yang sangat masyhur: Apabila ditarik ke atas, bahagian kakinya terbuka. Apabila ditarik ke bawah, kepalanya terbuka. Akhirnya, kain itu digunakan untuk menutup bahagian kepalanya dan kakinya ditutup dengan daun-daun kayu.

Demikian kisah kekuatan peribadi seorang hamba Allah dalam mempertahankan kebenaran dan kesucian Islam. Beliau jugalah merupakan pemuda dakwah yang pertama mengetuk setiap pintu rumah di Madinah sebelum berlakunya hijrah. Kisahnya mempamerkan usaha dan pengorbanannya yang tinggi untuk menegakkan kebenaran. Semua itu adalah hasil proses tarbiyah yang dilaksanakan oleh Rasulullah.

Musab telah menjadi saksi kepada kita akan ketegasan mempertahankan aqidah yang tidak berbelah bagi terhadap Islam sekalipun teruji antara kasih sayang kepada ibunya dengan keimanan. Musab lebih mengutamakan kehidupan Islam yang serba sederhana dan kekurangan berbanding darjat dan kehidupan yang mewah. Dia telah menghabiskan umurnya untuk Islam, meninggalkan kehebatan dunia, berhijrah zahir dan batin untuk mengambil kehebatan ukhrawi yang sejati sebagai bekalan kehidupan dalam perjuangan yang tidak pernah padam.

Sunday, February 22, 2009

Bercucuk Tanam.

Di zaman sekarang kita dihadapkan pada banyaknya jenis dan macam pekerjaan. Pekerjaan atau mata pencarian seseorang kian bertambah banyak sesuai dengan bertambahnya penduduk dan semakin khususnya keahlian seseorang.

Namun sebenarnya pada asalnya hanya ada tiga profesionon sebagaimana disebutkan oleh Imam Al-Mawardi. Dia berkata: “Pokok mata pencarian tersebut adalah bercucuk tanam (pertanian), perdagangan dan pembuatan suatu barang (industri)”.

Para ulama berselisih tentang manakah yang paling baik dari ketiga profesion tersebut. Madzhab As-Syafi’i berpendapat bahwa pertanian adalah yang paling baik. Sedangkan Imam Al-Mawardi dan Imam An-Nawawi berpendapat bercucuk tanam lah yang paling baik kerana beberapa alasan:

Pertama: Bercucuk tanam adalah merupakan hasil usaha tangan sendiri. Dalam Shohih Al-Bukhori dari Miqdam bin Ma’dikariba rodhiyAllahu’anhu dari Nabi shollAllahu ‘alaihi wa sallam, Beliau bersabda:

مَا أَكَلَ أَحَدٌ طَعَامًا قَطُّ خَيْرًا مِنْ أَنْ يَأْكُلَ مِنْ عَمَلِ يَدِهِ وَأَنَّ نَبِىَ اللهِ دَاوُدَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَأْكُلُ مِنْ عَمَلِ يَدِهِ

“Tidaklah seorang memakan makanan yang lebih baik dari orang yang memakan dari hasil usaha tangannya, dan adalah Nabi Dawud ‘alaihi salam makan dari hasil tangannya sendiri”.

Dan yang benar adalah apa yang di-nash-kan oleh Rasulullah s.a.w iaitu hasil tangannya sendiri. Maka bercucuk tanam adalah profesion terbaik dan paling utama kerana merupakan hasil pekerjaan tangan sendiri.

Kedua: Bercucuk tanam memberikan manfaat yang umum bagi kaum muslimin bahkan binatang. Kerana secara adat manusia dan binatang haruslah makan, dan makanan tersebut tidaklah diperoleh melainkan dari hasil tanaman dan tumbuhan.

Dan telah shohih dari Jabir rodhiyAllahu ‘anhu dia berkata: telah bersabda Rasulullah s.a.w:

مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَغْرِسُ غَرْسًا إِلاَّ كَانَ مَا أُكِلَ مِنْهُ لَهُ صَدَقَةً وَ مَا سُرِقَ مِنْهُ لَهُ صَدَقَةً وَ مَا أَكَلَتِ الطَّيْرُ فَهُوَ لَهُ صَدَقَةً وَ لاَ يَرْزَؤُهُ أَحَدٌ إِلاَّ كَانَ لَهُ صَدَقَةً

“Tidaklah seorang muslim menanam tanaman melainkan apa yang dimakan dari tanaman tersebut bagi penanamnya menjadi sedekah, apa yang dicuri dari tanamannya tersebut bagi penanamnya menjadi sedekah, dan tidaklah seseorang merampas tanamannya melainkan bagi penanamnya menjadi sedekah”. (Hadits Riwayat Imam Muslim dalam kitab Shohih-nya)

Dalam riwayat Imam Muslim yang lain disebutkan

فَلاَ يَغْرِسُ الْمُسْلِمُ غَرْسًا فَيَأْكُلُ مِنْهُ إِنْسَانٌ وَلاَ دَابَّةٌ وَلاَ طَيْرٌ إِلاَّ كَانَ لَهُ صَدَقَةً إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ

“Tidaklah seorang muslim menanam tanaman kemudian memakan tanaman itu manusia, binatang, dan burung melainkan bagi penanamnya menjadi sedekah hingga hari kiamat”.

Dalam riwayat yang lainnya disebutkan:

لاَ يَغْرِسُ مُسْلِمٌ غَرْسًا وَلاَ يَزْرَعُ زَرْعًا فَيَأْكُلُ مِنْهُ اِنْسَانٌ وَلاَ دَابَّةٌ وَلاَ شَيْءٌ إِلاَّ كَانَ لَهُ صَدَقَةً

“Tidaklah seorang muslim menanam tanaman dan pohon kemudian dimakan oleh manusia, hewan atau pun oleh sesuatu melainkan bagi penanamnya menjadi sedekah” (Hadits riwayat Imam Bukhori dan Muslim dari sahabat Anas bin Malik)

Ketiga: bercucuk tanam lebih dekat dengan tawakkal. Ketika seseorang menanam tanaman maka sesungguhnya dia tidaklah berkuasa atas sebiji benih yang dia semaikan untuk tumbuh, dia juga tidak berkuasa untuk menumbuhkan dan mengembangkan menjadi tanaman, tidak lah dia berkuasa membungakan dan membuahkan tanaman tersebut. Tumbuhnya biji, pertumbuhan tanaman, munculnya bunga dan buah, pematangan hasil tanaman semua berada pada kekuasaan Allah. Dari sinilah nampak nilai tawakkal dari seorang yang bercucuk tanam.

Sedangkan Abu Yahya Zakariya Al-Anshori As-Syafii menambahkan: “Seutama-utama mata pencarian adalah bercucuk tanam kerana lebih dekat dengan sikap tawakkal, bercucuk tanam juga memberikan manfaat yang umum bagi semua makhluk, dan secara umum manusia butuh pada hasil pertanian. Berkata Az-Zarkasyi, bahwa semua orang memperhatikan makanan kerana tidak ada yang tidak butuh kepada hasil bercucuk tanam (makan) dan tidaklah kehidupan tegak tanpa adanya makanan.

Saturday, February 21, 2009

Derhaka...

"Mengata dulang paku serpih , mengata orang dia yang lebih".

biotech tools

Barley is a wonderfully versatile cereal grain with a rich nutlike flavor and an appealing chewy, pasta-like consistency. Barley is a very good source of fiber and selenium. It also serves as a good source of the minerals phosphorus, copper and manganese. With these nutritious value, recent study show that barley seems as the breakfast cereal is good for prevention of breast cancer, heart failure, protective actions against cardiovascular risk factors and childhood asthma, also patients with type 2 diabetes (The George Mateljan Foundation, 2009). Hence, it is important to investigate plant breed to create the next generation of crops with enrich cultivated gene pools by incorporating favourable alleles, genes or gene complexes from wild relatives.

Physical mapping become one of the important tools in order to create the next generation of crops. A physical map is an assemblage of overlapping DNA fragments that are ordered and oriented and span each of the chromosome in a genome (Hartwell et al., 2008). A broad definition would say that it consists in placing nuceotidic sequences with respect to a DNA matrix. For instance, placing a gene responsible for a disease on the chromosome in which it is contained. More generally, physical mapping concerns any nucleotides sequence (the probe) which position onto a longer nucleotides sequence (the target) has to be known. Cutting DNA is performed by restriction enzymes. The resulting fragments are usually inserted into bacterial to generate the clone libraries. This allows for their conservation and mass production of DNA. Then, a physical mapping technique is important to reorganize the clone fragments in the corresponding order on the chromosomes they come from.

Tuesday, February 17, 2009

Jangan Riak

"Kain rentang kontroversi yang sempat di gantung di bulatan batu bersurat Kuala Terengganu.Cuma berjaya digantung beberapa jam sebelum ditarik oleh pihak Majlis Perbandaran semasa kempen PRK P036 lalu."


RIAK MEMUSNAHKAN PAHALA

"Syidad bin Ausi berkata, "Suatu hari saya melihat Rasulullah S.A.W sedang menangis, lalu saya pun bertanya beliau, Ya Rasulullah, mengapa anda menangis?" Sabda Rasulullah S.A.W, "Ya Syidad, aku menangis kerana khuatir terhadap umatku akan perbuatan syirik, ketahuilah bahawa mereka itu tidak menyembah berhala tetapi mereka berlaku riak dengan amalan perbuatan mereka."

Rasulullah bersabda lagi, "Para malaikat penjaga akan naik membawa amal perbuatan para hamba dari puasanya, solatnya, dermanya dan sebagainya.Para malaikat itu mempunyai suara seperti suara lebah dan mempunyai sinar
matahari dan bersama mereka itu 3,000 malaikat dan mereka membawa ke langit ketujuh."

"Berlaku riak di kalangan ahli fiqh adalah kerana inginkan ketinggian supaya mereka menjadi sebutan. Di kalangan para ulama pula untuk menjadi popular di kota dan di kalangan umum.

Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu semua adalah para malaikat Hafazdah (malaikat penjaga) pada amal-amal perbuatan hamba-Ku, sedang Aku-lah yang mengawasi dan mengetahui hatinya, bahwa sesungguhnya dia menghendaki amal ini bukan untuk-Ku, laknat para malaikat dan laknat segala sesuatu di langit."

Fikirlah samaada diri kita riak atau tidak antara diri kita dengan mereka..


1) dikalangan adik beradik?


2) dikalangan saudara mara dan keluarga?


3) dikalangan sahabat handai?


4) dikalangan rakan sekerja?


5) dikalangan jiran tetangga?

Sunday, February 15, 2009

Menceroboh Wilayah Bergolak

Bergambar bersama tentera Thailand yg memegang M16..=)
-Tentera yg jaga kawasan mcm nie antara yg jadi sasaran org kampung-silap2 haribulan, mmg kena tembak@bom-
-tak kawin lagi tu- =P
Pergolakan yg berterusan memaksa peniaga menutup kedai lebih awal.
-takut2-
Masjid Pakistan tempat aku berkampung buat sementara.
dari pak imam,tok bilal,tok siak hingga jemaah suma muka2 pakistan peranakan-cuma ada beberapa jemaah yg mcm muka aku. =)
Bahasa Melayu tetap dipelihara..walau di kawasan tandas.
Thailand tu...Malaysia??