Time and Date

Wednesday, August 11, 2010

Gaduh Pasal Bilangan Rakaat.

Di ambang Ramadhan kini, masyarakat kita nampaknya masih seperti dulu. Perkara yang tidak sepatutnya menjadi perbahasan hangat terus diperdebatkan,hingga ada yang bermasam muka antara satu sama lain..mengenai jumlah rakaat solat sunat tarawih.
Patutkah sampai terjadi keadaan seperti itu? Sekali imbas, seperti tidak masuk akal, namun itulah realiti masyarakat kita sejak dulu hingga kini, khususnya setiap kali menjelang bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan keberkatan.
Semalam,dalam kesempatan penulis berjemaah di Majid Abidin di bandar Kuala Terengganu, penulis agak terkejut apabila ada beberapa orang jemaah masjid itu ketika berbual di beranda masjid menyatakan Nabi hanya menunaikan 8 rakaat sahaja solat sunat tarawih. Jadi katanya, kenapa kita perlu lakukan lebih dari itu? Tidakkah melebihi dari Nabi pula? Tanya seorang jemaah yang gayanya bak pendekar melayu.
Beberapa orang rakan bualnya pula menafikan sekerasnya dakwaan itu. Malah lebih jauh dari itu, mereka turut mengingatkan jangan terlaluan hingga sanggup menyatakan sedemikian kerana dakwaan itu tidak berasas.
Perbualan sekumpulan orang lama itu didengar oleh penulis sahaja disebabkan mereka bukanlah kenalan, apatah lagi rakan sendiri. Kalau kawan mungkin mencelah juga.
Dari pengamatan penulis, didapati perbualan itu akhirnya memihak kepada rakan-rakan mereka yang menentang dakwaan itu. Setelah mereka beredar dari masjid, penulis berfikir sendirian, patutkah orang islam bersikap sedemikian? berani pula menyatakan Nabi hanya solat 8 rakaat sahaja.
Sedarkah mereka bahawa Nabi memang melakukan solat tarawih sebanyak 8 rakaat sahaja di masjid, tetapi menyambung lagi beberapa rakaat bila sampai di rumah. Tidak terdapat satu hadith pun yang menyatakan Rasulullah menunaikan hanya jumlah itu. 8 rakaat.
Kefahaman ilmu seharusnya terus meningkat sejajar meningkatnya usia kita. Hal berkaitan ranting tidak seharusnya didebat hingga berbalah hingga bermasam muka. Berdosa kering sahaja berkata yang bukan-bukan.
Jika sekiranya kita ingin melakukan 8 rakaat sahaja, usahlah dihalang mereka yang melakukan lebih dari itu. Apa ertinya jika kita menghalang orang hendak beribadat?
Sekian,wslm.
Penulis. ( koya pakai kata ganti nama penulis pulop).

No comments:

Post a Comment