Time and Date

Tuesday, February 2, 2010

Keindahan Cinta Sejati


Taj Mahal; salah satu dari tujuh keajaiban dunia yang disenaraikan dan dinilai oleh mata manusia. Keindahan Taj Mahal yang dapat dilihat dengan mata kasar sendiri sangatlah berbeza dari gambar – gambar yang diambil dan dipaparkan di majalah ataupun internet. Keindahan yang bukan sahaja dapat dilihat tapi dirasai. Dunia tahu tentang keindahan Taj Mahal yang dibina atas dasar kasih dan cinta seorang suami kepada isterinya.


Tertarik untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang “Tujuh Keajaiban Dunia”, saya mula meng’google’ article2 yang berkaitan. Seperti biasa tujuh keajaiban yang disenaraikan ialah:


1. Piramid Giza

2. Taj Mahal

3. Tembok Besar Cina

4. Menara Condong Pisa

5. Angkor Watt

6. Menara Eiffel

7. Kuil Parthenon


Namun, saya lebih tertarik dengan satu article yang menyenaraikan Tujuh Keajaiban Dunia yang sebenarnya tak jauh dari kita dan memang ajaib. Katanya terlalu banyak keajaiban yang dimiliki hingga tak mampu untuk disenaraikan tapi memandangkan ramai yang berminat dengan istilah Tujuh keajaiban, hanya tujuh yang disenaraikan, iaitu:


1. Dapat Melihat

2. Dapat Mendengar

3. Dapat Menyentuh

4. Dapat Menyayangi

5. Dapat Merasakan

6. Dapat Tertawa

7. Dapat Mencintai


Terdiam sejenak memikirkan apa yang tertulis. Katanya lagi…Alangkah mudahnya bagi kita untuk melihat pada eksploitasi manusia dan menyebutnya “keajaiban”. Sementara kurniaan Tuhan untuk kita, disebut sebagai “biasa”.


Ciptaan manusia kita agungkan, rahmat Tuhan kita lupakan…


Renungkanlah sejenak



Sunday, January 24, 2010

Mengartiskan Ulama,Mengulamakan Artis.



Aku terpanggi untuk menulis satu artikel yang agak menarik b
erkaitan dengan usaha membawa masyarakat ke arah yang lebih baik.Modal insan yang seharusnya digilap dilihat seolah-olah malap apabila banyaknya program yang dicipta tidak membawa erti sebenar.Seharusnya kemajuan kita kecapi berjalan seiringan dengan nilai yang dituntut. Ketika pengertian Manhaj Malizie didengungkan dalam bangkel, seminar Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM) suatu ketika dahulu, dalam tempoh itu juga kedengaran seruan ke arah mengintelektualkan ulama dan mengulamakan intelektual.Proses itu berjalan lancar,kekal dengan ramuan tradisi keilmuan yang ranum sehinggalah mewujudkan kalangan agamawan yang fasih dengan fahaman barat dan kelompok ilmuan universiti yang mampu menghadam kitab-kitab yang selama ini ditekuni di pondok-pondok.
Kalimat "mengulamakan artis dan mengartiskan ulama' bukanlah suatu seruan agar agamawan itu terjun ke pentas dunia lakonan semuanya.Mereka mungkin boleh menjadi pengarah,sutradara kepada sesebuah karya, menulis skrip filem dan drama, mengarang babak dan episod dan menyusun adegan demi adegan.Zaman-zaman mengkritik lakonan lelaki menrangkul wanita atas nama mereka itu suami isteri mungkinkah akan berakhir? kritik ini sudah lama kedengaran.Alasan yang kita kerap didengar adalah "sudah begitu kehendak pengarah".

Novelis, sutradara Habiburrahman El-Shizary yang mesra dikenali sebagai Kang Abik turut mengeluh hal yang sama apabila karya beliau Ayat-Ayat Cinta diangkat sebagai filem."ada benyak adegan dipotong dan ada pula yang ditokok tambah," katanya ketika mengulas. Kesinambungan daripada kekesalan itu, beliau bersama karyawan lain telah mengadakan program realiti TV untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam menjiwai perann dalam filemnya yang kedua.Akhirnya, beberapa pelakon baru yang mirip kepada watak yang dinukilkan di dalam novel itu telah berjaya ditemui.Lalu,proses pembikinan filem pun bermula dengan beliau sendiri mengarahkannya dan turut berlakon di dalam karya beliau itu. Sama ada Kang Abik boleh diangkat sebagai model kepada seruan 'mengulamakan artis dan mengartiskan ulama', hal itu boleh lagi dibahaskan kemudian.
Sebagai termaklum,dakwah wali Songo di Tanah Jawa bermula dengan seni persembahan wauang kulit . Di Tanah Melayu, ketika zaman Tok Kenali sedang berjuang di medan penulisan lewat majalah Pengasoh, seorang tokoh ulama lain,Tok Selehong dikatakan gemar pada bunyi-bunyian. Pada zaman pergolakan antara Kaum muda dan Kaum tua itu, Tok Selehong turut ditegur kerana menjadikan bunyi-bunyian sebagai alat beliau berdamping dengan rakyat sambil berdakwah. Tok Kenali berdiam diri ke atas sikap sahabtnya apabila ada rungutan orang ramai terhadap hal tersebut. Mungkinkah antara kedua-dua tokoh ini sudah terjalin persefahaman lalu mereka berjuang mengikut kaedah masing-masing? Apa yang penting, sikap berdiam diri Tok Kenali ke atas peribadi Tok Selehong itu membuktikan bahawa tidak menjadi masalah besar bagi seseorang ilmuan agama untuk berdampingan dengan alat-alat hiburan. Apatah lagi, jika hal itu ada kaitan dengan maslahat membawa agama ke dalanm jiwa masyarakatnya.Hal yang sama juga dapat diperhatikan apabila mantan mufti Perlis,Dr Asri semasa masih dalam jawatannya sebagai Mufti pernah menulis lirik lagu untuk sebuah kumpulan hiburan.Akibat momentum yang tidak begitu kuat yang ditonjolkan oleh kumpulan hiburan tersebut,maka mesej dakwah yang sepatutnya disebarkan tersekat begitu sahaja.
Apakah boleh diusahakan supaya pelajar jurusan agama didedahkan dengan kursus penulisan skrip drama,filem,radio,pengacara, dan sebagainya yang ada kaitan dengan pengajian sekarang?Apabila semakin ramai dan bertambahnya pelajar aliran agama dalam bidang ini, barangkali pada suatu ketika nanti akan lahir bermacam juga persoalan yang boleh dikaitkan melalui karya-karya filem,drama arahan mereka.

Friday, January 15, 2010

Gambar dgn Ust Azhar.



lokasi : pantai batu burok...

Friday, December 11, 2009

Biotechnology.

Biotechnology is a general term initially used to describe the production of valuable products from cheap precursors by living systems.In recent years,the field of biotechnology has frequently been highlighted in newspapers and learned journals as a new science because of its ability to absorb new innovations and remarkable developments in diverse scientific disciplines such as genetics, cell biology, molecular and developmental biology,applied microbiology, biochemistry and genetic engineering, natural products chemistry and chemical engineering,informatics,structural biology and proteomics.
Today,we can only think of biotechnology as an area of science that to harness the amazing variability and complexity as the natural world for useful purposes.Biotechnology will be key area of science in the 21st century and will keep on touching our lives in many ways.In Malaysia,biotechnology is one of the priority areas for wealth generation and employment in the new millennium.

Thursday, October 15, 2009

Polymerase Chain Reaction.

A strip of eight PCR tubes, each containing a 100 μl reaction


Schematic drawing of the PCR cycle.

In this tiny tubes
I choose the gene of interest
That I want to amplify

We are the primers that had been design by
The Creator, Al-Khaliq

To complete this PCR process
We cannot be the same code
As we design to be on right and left
For forward and reverse reaction to occur
We pair up to complete each other
To help each other
The reaction will not occur
If both moving on the same direction.

We need the dNTP to form the chain,
As we need ilm’ to build up our life
We need the taq polymerase to generate the sequence,
As we need love to generate our path.
Buffer and water supply right environment for the reaction to occur,
As we need good background to build up our life

The recycling conditions;
Temperature and time to complete cycles
Play important role for PCR to success
Any mistake may lead to failure.
As we need to know how to control our temper
So that we will not lose anything

We aspect to obtain PCR product
With no mutation in it,
The gene of interest that had been amplified and purified
The gene that encode..

Thursday, October 8, 2009

Berpuasa enam pada bulan Syawal

Puasa Ramadhan untuk menduduk dan melentur nafsu manusia yang degil dan keras kepala melawan kehendak Tuhan. Sebab itu umat Islam diwajibkan berpuasa sebulan sepertimana yang dituntun Allah dalam Surah al-Baqarah yang bermaksud : "Agar kalian menyempurnakan bilangan harinya dan kalian bertakbir mengagungkan Allah justeru Dia telah memberikan hidayah kepada kalian".


Di penghujung Ramadhan umat islam menamatkan ibadah puasa dengan Hari Raya Aidilfiri sebagai tanda kemenangan dan kejayaan mentarbiyah diri.


Tapi hari raya mungkin sahaja menimbulkan kesan sebaliknya. Manusia mula melepaskan tali kekangan nafsunya tanpa pengendalian yang wajar. Ini tentunya akan merosakkan kesan tarbiyah berkenaan.


Sebab itu Rasulullah s.a.w menggesa pengikutnya untuk berpuasa enam hari dalam bulan Syawal selepas sebulan berpuasa pada bulan Ramadhan. Agar dapat ditawan kembali kehendak nafsu yang mula mahu bermaharajalela itu.


Berdasarkan riwayat Abu Ayyub al-Ansari baginda bersabda: "Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa enam hari dalam bulan Syawal, maka seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun seluruhnya".- Riwayat Muslim, Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah.


Sekiranya seseorang itu berterusan mengerjakan puasa enam ini setiap tahun, maka seolah-olah ia berpuasa selama-lamanya.


Dalam hadis yang lain terdapat tafsiran kepada hadis ini yang mengatakan berpuasa sebulan Ramadhan menyamai dengan 10 bulan manakala berpuasa enam hari dalam bulan Syawal menyamai dua bulan. Dengan itu sekeluruhannya adalah setahun.


Mungkin ada yang bertanya apakah yang dimaksudkan ia terus ditunaikan sebaik sahaja selepas 1 Syawal atau puasa sunat itu boleh ditangguhkan perlaksanaannya beberapa hari selepas hari raya?


Dengan lebih jelas, adakah boleh puasa sunat Syawal sebelum qadha Ramadhan? Ulama berbeza pendapat dalam hal ini kepada dua pendapat utama :


1. Harus puasa enam sebelum puasa qadha Ramadhan. Ini pendapat jumhur ulama sama ada secara mutlak mahupun dengan pendapat yang memakruhkan perbuatan seperti ini.


Ulama Hanafi mengharuskan puasa sunat sebelum qadha Ramadhan kerana qadha itu tidak wajid secara segera tapi wajib "Muwassa" atau (mengikut masa yang sesuai kepada orang yang magu mengqadha puasa berkenaan).


Ini juga pendapat Imam Ahmad dalam satu riwayatnya. Adapun ulama mazhab Maliki dan Syafi'i mereka berpendapat harus tapi makruh kerana melambat-lambatkan yang wajib kerana sibuk menunaikan yang sunat.


2. Haram puasa sunat sebelum mengqadha puasa Ramadhan. Ini salah satu pendapat mazhab Hambali. Pendapat yang sahih ialah harus berpuasa sunat sebelum mengqadakan puasa wajib kerana waktu qadha' itu tidak semestinya segera tetapi bersifat muwassa' atau mengikut kesesuaian masa mengqadha' ibadah berkenaan.


Kesimpulannya Islam sangat mementingkan usaha melentur dan mentarbiyah nafsu menusia. Ini kerana nafsu manusia kuat terbelenggu dengan faham asabiyah keMelayuan, keJawaan dan keAraban.


Malah mereka tidak mahu tunduk kepada ajaran Islam yang syumul dan kaffah, mereka enggan bersama memperjuangkan Islam meskipun sudah berpuasa sebulan kerana kepentingan nafsu liar yang tidak dapat dilentur dengan jayanya.


Direct quotation from : Ustaz Abdul Ghani Samsuddin (Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS)

Wednesday, September 9, 2009

Ramadhan menipis...

RAMADAN makin menipis. Hanya tinggal berbaki 10 hari. Bagaimanapun, inilah peluang yang ditunggu-tunggu. Di dalamnya ada malam agung yang paling istimewa; beribadat pada malam itu lebih baik daripada 1,000 bulan atau 83 tahun, satu tempoh melebihi usia kebanyakan manusia zaman ini.

Berusahalah kita mencari malam penuh keberkatan itu. Ya, masih belum terlewat ...
PANTAS sungguh Ramadan beredar. Kini memasuki fasa ketiga dan terakhir, yakni pembebasan dari api neraka. Tahniah buat mereka yang dapat merangkul penuh nikmat hari-hari yang berlalu itu.
Ramadan dan al-Quran bagai terpisah tiada. Dr 'Aid Abdullah Al-Qarni menulis: "Rasulullah mempelajari al-Quran bersama Jibril pada bulan Ramadan. Baginda mendengarkan bacaan al-Quran, menghayati, membaca, melaksanakan kandungannya, melapangkan hatinya dan menggali cinta dalam muitara hikmah al-Quran."

Ramadan juga sepatutnya mendekatkan kita dengan golongan fakir miskin, mereka yang kesempitan dan memerlukan bantuan segera. Hati dapat dijernih-lunakkan apabila mendampingi dan menyantuni saudara seagama yang tidak bernasib baik ini. Didiklah diri dengan bersedekah di bulan yang amalan sunat menyamai tuntutan wajib.

Insya-Allah segala ketamakan dan kerakusan yang memenjara diri perlahan-lahan reda. Di tengah gejolak budaya hidup materialisme menggila ini, Ramadan bisa mengasuh jiwa agar bersederhana dan tidak menunjuk-nunjuk kekayaan. Ayuh ... segeralah menyumbang, sekurang-kurangnya menjamu makan kepada mereka yang berpuasa.