Time and Date

Tuesday, February 2, 2010

Keindahan Cinta Sejati


Taj Mahal; salah satu dari tujuh keajaiban dunia yang disenaraikan dan dinilai oleh mata manusia. Keindahan Taj Mahal yang dapat dilihat dengan mata kasar sendiri sangatlah berbeza dari gambar – gambar yang diambil dan dipaparkan di majalah ataupun internet. Keindahan yang bukan sahaja dapat dilihat tapi dirasai. Dunia tahu tentang keindahan Taj Mahal yang dibina atas dasar kasih dan cinta seorang suami kepada isterinya.


Tertarik untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang “Tujuh Keajaiban Dunia”, saya mula meng’google’ article2 yang berkaitan. Seperti biasa tujuh keajaiban yang disenaraikan ialah:


1. Piramid Giza

2. Taj Mahal

3. Tembok Besar Cina

4. Menara Condong Pisa

5. Angkor Watt

6. Menara Eiffel

7. Kuil Parthenon


Namun, saya lebih tertarik dengan satu article yang menyenaraikan Tujuh Keajaiban Dunia yang sebenarnya tak jauh dari kita dan memang ajaib. Katanya terlalu banyak keajaiban yang dimiliki hingga tak mampu untuk disenaraikan tapi memandangkan ramai yang berminat dengan istilah Tujuh keajaiban, hanya tujuh yang disenaraikan, iaitu:


1. Dapat Melihat

2. Dapat Mendengar

3. Dapat Menyentuh

4. Dapat Menyayangi

5. Dapat Merasakan

6. Dapat Tertawa

7. Dapat Mencintai


Terdiam sejenak memikirkan apa yang tertulis. Katanya lagi…Alangkah mudahnya bagi kita untuk melihat pada eksploitasi manusia dan menyebutnya “keajaiban”. Sementara kurniaan Tuhan untuk kita, disebut sebagai “biasa”.


Ciptaan manusia kita agungkan, rahmat Tuhan kita lupakan…


Renungkanlah sejenak



No comments:

Post a Comment