Time and Date

Tuesday, September 14, 2010

10 Faktor Kejayaan Seorang Jutawan.

Syawal 2010 dah pun meninggalkan kita..pejam celik,pejam celik (ayat sms paling popular yg aku terima sepanjang raya kali ni..=P) masa berlalu sgt pantas. Pelbagai kisah suka duka pasti menemani kita sepanjang hidup hingga ke saat ini.
Pastinya setiap manusia inginkan kemajuan dalam hidup masing2.

Kali ni aku tertarik utk mengupload soal duniawi...Jutawan. mungkin pengaruh sekeliling menyebabkan aku terbiasa dgn perkataan Niaga,untung,rugi,kedai,duit..dan mcm2 lg.Aku selalu dipesan 'duit bukan segalanya,tapi skrg semua benda perlukan duit'..'jgn ada 100 berlagak mcm ada 1000,tapi biar ada 1000 berlagak mcm ada 100.'

Menurut buku The Millioaire’s Mind tulisan Dr.Thomas Standley yang membuat tinjauan rambang yang dijalankan ke atas beribu jutawan, terdapat 10 faktor kejayaan seorang jutawan. Berikut adalah carta yang bermula dengan nombor 10.

10. KEMAHIRAN MENJUAL PRODUK DAN IDEA SENDIRI.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa kebanyakan jutawan terhasil daripada bidang perniagaan. Sebagai usahawan, apa yang penting ialah keboloehan seseorang itu menjual produk dan idea mereka. Sering kali mereka tergolong dalam kalangan orang yang pandai berkomunikasi, terutamanya komunikasi dalam menjual produk, perkhidmatan dan juga idea sendiri.

9. CEKAP DALAM PENGURUSAN.
Mencapai tahap jutawan, bukanlah one man show. Sering kali memerlukan bantuan orang lain. Jutawan perlu cekap dalam menguruskan diri, menguruskan perniagaan dan menguruskan orang di sekitarnya. Pengurusan yang cekap akan menentukan segala kerja berjalan dengan lancar.

8. MEMPUNYAI SEMANGAT PERSAINGAN YANG TINGGI.
Dalam mencapai kejayaan, kita perlu bersaing sama ada dalam perniagaan atau dalam dunia korprat. Namun, persaingan yang paling penting sekali adalah persaingan dengan diri sendiri, iaitu mencapai kejayaan yang lebih daripada pencapaian sebelumnya.

7. MEMPUNYAI KUALITI KEPIMPINAN YANG TINGGI.
Hanya 2% sahaja daripada kita adalah ketua yang boleh memimpin. 2% itu sering kali berada teratas dalam industri masing-masing.Pepatah berbunyi “leaders are readers”, mereka yang memimpin selalunya banyak membaca untuk menambahkan ilmu dalam bidangnya. Dengan ilmu, ia akan memudahkan kita mengurus dan mengetuai industri kita.

6. MENCINTAI KARIER DAN PERNIAGAAN.
Mereka yang bergelar jutawan sememangnya melakukan apa yang mereka suka. Tidak kira sama ada bekerja makan gaji ataupun menjalankan perniagaan, mereka adalah peminat setia kepada karier yang mereka jalani. Ianya bagaikan petrol yang tidak akan kontang bagi sebuah kereta. Kegairahan akan membawa kita mencapai kejayaan tanpa mengira penat lelah.

5. BEKERJA LEBIH KERAS BERBANDING DENGAN ORANG LAIN.
Untuk berjaya, seseorang itu perlu keluar dari kekompong kebiasaan dan bekerja lebih keras berbanding orang lain. Orang kebanyakan menghabiskan masa kurang dari 50 jam seminggu dalam karier atau perniagaan masing-masing. Mareka yang bergelar jutawan pula menghabiskan masa antara 60-70 jam atau lebih seminggu! Ini akibat daripada kegairahan yang dimiliki dalam diri.

4. PASANGAN YANG MEMAHAMI DAN MENYOKONG.
Pepatah mengatakan bahawa “behind every succesful man, there is a woman.” Bagi anda yang memburu kejayaan, amat-amat penting mempunyai pasangan hidup yang begitu memahami dan memberi sokongan 100%. Sekiranya tidak, maka usaha untuk mencapai kejayaan akan sukar. Tidak kita sokongan daripada suami, isteri, atau keluarga, sokongan adalah satu kemestian dalam membina keyakinan diri yang tegar.

3. MUDAH MESRA.
84% kejayaan seseorang bergantung kepada mereka yang berada di sekeliling, iaitu orang lain. Untuk menjadi jutawan, mempunyai personaliti mesra dengan orang lain aka memudahkan perhubungan sesama insan dan penerimaan orang lain terhadap kita. Ini sangat membantu kita dalam mengembangkan rangkaian kenalan kita dengan lebih besar.

2. BERDISIPLIN
Selalunya mencapai kejayaan dicapai apabila kita adalah “bos”. Menjadi bos perlukan disiplin yang kuat kerana kita tidak mempunyai orang atasan. Contohnya, seseorang usahawan tidak perlu menjawab kepada sesiapa pun. Dirinya adalah bos kepada perniagaan sendiri. Tanpa disiplin, pastinya dia tidak dapat menguruskan perniagaan dengan betul dan lancar. Ramai yang menganggap seseorang jutawan boleh banyak berehat dan bersantai.

1. JUJUR
Jujur dalam perniagaan merupakan suatu perkara yang sangat dituntut.Kepercayaan orang lain terhadap reputasi kita adalah bergantung kepada sejauh mana kejujuran kita terhadap perkhidmatan atau produk yang diniagakan.

No comments:

Post a Comment