Time and Date

Sunday, November 14, 2010

Viability of The Islamic Dinar


Topik Dinar Emas mula diperbualkan selepas Krisis Kewangan yang melanda Malaysia pada tahun 1998. Selepas itu, mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah mencadangkan negara-negara OIC untuk melakukan perdagangan dengan menggunakan Dinar Emas.


Kemudian, kewujudan Dinar Emas telah diperkenalkan secara rasminya dan diperdebatkan di Malaysia pada 19 Ogos, 2002 di satu persidangan antarabangsa bertajuk 2002 International Conference on Stable and Just Monetary System: The Viability of the Islamic Dinar yang dianjurkan Universiti Islam Antarabangsa di PWTC, Kuala Lumpur.


Hasil dari persidangan tersebut, kajian menyeluruh mengenai Dinar Emas telah dibentangkan oleh ramai ahli akademik dan profesional dari jurusan kewangan, ekonomi, syariah dan undang-undang. Kesemua kajian-kajian tersebut telah dikompilasikan dalam satu prosiding bertajuk Proceedings 2002 International Conference on Stable and Just Monetary System: The Viability of the Islamic Dinar.




Pada awal pengenalan Dinar Emas, ramai ahli kewangan dan ekonomi skeptikal tentang kewujudan Dinar Emas dan keupayaannya untuk menggantikan sistem kewangan yang sedia ada, yakni yang berasaskan wang kertas (paper currency). Walaupun demikian, sekumpulan kecil penggiat Dinar tetap meneruskan usaha mereka meyakinkan orang ramai tentang kebaikan Dinar. Alhamdulillah, berkat usaha mereka ini, Dinar semakin diterima dan diyakini terutama apabila tanda-tanda kehancuran ekonomi Amerika Syarikat semakin jelas kelihatan. Kini, apabila keyakinan terhadap matawang Dollar Amerika semakin rapuh, seluruh dunia semakin yakin terhadap Emas. Di sesetengah negara seperti Indonesia, stok emas kehabisan disebabkan para pelabur berpusu-pusu membeli emas (gold rush). Secara tidak langsung, semakin ramai yang berminat menyimpan Dinar Emas disebabkan denominasinya yang kecil berbanding bullion.


Walaupun sudah 6 tahun berlalu dari persidangan pertama Dinar di Malaysia, masih ramai yang tidak jelas tentang kewujudannya. Maka disebabkan itu, banyak kekeliruan timbul dari segi spesifikasinya, mengapa Dinar Emas diperlukan dan bagaimana melaksanakannya. Soalan-soalan lazim seperti -tidakkah berat membawanya, keselamatan menyimpannya, bagaimana untuk mendapatkannya dan bagaimana hendak menggunakannya akan hanya dapat dirungkai oleh sesiapa yang rajin membuat pembacaan dan melibatkan diri secara lansung dalam penggunaan dinar...sekian.

2 comments:

  1. posting yang menarik..harap dapat kongsikan lagi tentang persoalan aplikasi dinar emas kerana secara umumnya, rakyat Malaysia masih samar-samar tentang kebaikannya...

    ReplyDelete